Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
program perhubungan awam uitm
Kredit: Bernama

Program Perhubungan Awam UiTM Pertama Di Malaysia, Ke-7 Di Asia

Azizah Najib

Program Perhubungan Awam UiTM Pertama Di Malaysia, Ke-7 Di Asia

Program Perhubungan Awam yang ditawarkan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UiTM) diiktiraf sebagai program terbaik di Malaysia dan berada di tangga ketujuh Asia. Berita ini dikongsikan oleh pihak UiTM menerusi laman Facebook rasmi institusi berkenaan.

Menurut data yang dikeluarkan oleh syarikat perunding pendidikan, EduRank, program ini berada di kedudukan ke-170 di dunia dengan 30,488 kiraan penerbitan dan pemetikan bagi bidang Seni Liberal dan Sains Sosial.

Berdasarkan kenyataan daripada pihak EduRank, kedudukan ini berdasarkan prestasi penyelidikan institusi dalam bidang Komunikasi dan Perhubungan Awam.

“Penarafan penerbitan dikira menerusi satu graf yang menunjukkan 3.99 juta pemetikan di 324 ribu kertas penyelidikan dari 1,272 universiti di Asia. Data kemudian dilaraskan mengikut tarikh penerbitan dan ditambah dalam skor akhir.

EduRank turut memaklumkan bahawa dapatan tersebut tidak mengasingkan data daripada program sarjana muda dan pascasiswazah. Pelarasan terhadap jurusan utama yang ditawarkan juga tidak dijalankan.

Hal ini menunjukkan kedudukan yang diperoleh berdasarkan keseluruhan hasil penyelidikan universiti tanpa mengambil kira peringkat pengajian atau jurusan semasa.

Menerusi senarai tersebut, Universiti Hong Kong muncul sebagai universiti terbaik di Asia dalam bidang Perhubungan Awam apabila menduduki tangga ke-78 dunia. Universiti Kebangsaan Singapura berada di tempat kedua dalam kalangan universiti Asia, diikuti Universiti Politeknik Hong Kong di kedudukan ketiga.

Dalam pada itu, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura menduduki tempat keempat, manakala Universiti China Hong Kong di tangga kelima. Tempat keenam pula disandang oleh Universiti Bandar Hong Kong.

Selain daripada bidang ini, UiTM turut mendapat beberapa pengiktirafan dalam pelbagai bidang yang lain. Antaranya berada di kedudukan ke-36 di dunia dalam bidang Pengurusan Hotel dan Hospitaliti. Bagi bidang Teknologi Maklumat pula, institusi pendidikan ini berada di kedudukan ke-49 manakala bagi bidang Seni Bina Lanskap, UiTM berada di kedudukan ke-57 dunia.

Sumber: UiTM, EduRank

BACA: UM Cipta Sejarah, Kini Di Tangga Ke-58 Dunia

BACA: Roket & Peluru Berpandu Pun Boleh Masuk Angin? Pakar Jelaskan Sebabnya