Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Roket & Peluru Berpandu Pun Boleh Masuk Angin? Pakar Jelaskan Sebabnya
Penafian: Artikel ini bertujuan untuk memberi pemahaman tentang teknologi roket dan peluru berpandu, tanpa menyokong sebarang bentuk keganasan atau konflik.
Setiap kali musim perayaan menjelma, bunyi letupan mercun memecah keheningan malam. Anak-anak kecil berlari riang sambil memegang mercun bola dan bunga api. Di kampung mahupun bandar, mercun seakan menjadi simbol kegembiraan.
Namun, tak semua mercun berakhir dengan letupan yang diharapkan. Ada yang hanya menyala separuh jalan, ada juga yang langsung tak meletup. “Masuk angin,” kata orang, merujuk pada mercun yang gagal berfungsi dengan sempurna.
Jangan terkejut, keadaan masuk angin ini juga boleh berlaku pada roket dan peluru berpandu. Ikuti penjelasan ringkas daripada pakar pergerakan bendalir dan pemindahan haba dalam automotif, Dr Aid Fawzal berkenaan situasi ini.
Korang jangan ingat mercun je boleh masuk angin, roket dan peluru berpandu pon boleh masuk angin tau. Jom kita belajar sikit apa kemungkinan mercun, roket dan peluru berpandu boleh masuk angin.
Antara sebab-sebabnya adalah pertama, bahan pendorong (propellent) lembab. Bila bahan api pepejal dalam roket serap kelembapan udara, pembakarannya boleh lemah. Ni buat roket gagal capai daya tujahan (thrust) yang diinginkan.
Kedua, ada kebocoran (casing/nozzle leak). Gas hasil pembakaran roket perlu salur terus ikut saluran bawah tapi bila ada kebocoran dan bersalur ke tepi atau sisi, daya tujahan (thrust) berkurangan dan arah terbang jadi tak tentu hala.
Ketiga, nozzle tersumbat. Nozzle yang tersumbat boleh buat api dan gas tekanan tinggi tak dapat keluar dengan baik. Keadaan ini menyebabkan roket jadi ‘tersedak’ dan terbakar tak seperti yang direka.
Keempat, ketidakstabilan pusat graviti (CG). Keadaan ini boleh jadi sama ada bahan bakar diagihkan tak sekata atau batang roket bengkok atau berat kepala tak seimbang berat. Bila berat tak sekata, roket boleh berpusing dan patah balik.
Kelima, badan pelancar kotor. Untuk roket atau peluru berpandu yang mempunyai badan pelancar, keadaan badan ni pun main peranan.
Keenam, pembakaran tak sekata. Campuran bahan kimia propelan yang tidak homogen atau tidak berkualiti juga boleh buat pembakaran tak sekata sepanjang masa. Kesannya daya tujahan (thrust) ‘tersedak’.
Dan yang ketujuh, Kualiti Pembinaan (Manufacturing Defect) yang ‘lopek’. Campuran bahan pendorong (propellent) tak berkualiti, diameter nozzle tak betul, kawalan kualiti yang rendah dan lain-lain.
Sumber: Aid Fawzal
BACA: Peluru Berpandu Hipersonik Sukar Dipintas, Ini Sebabnya
BACA: Jabatan Pertanian Perkenal Perangkap Serangga Solar, Tingkat Kualiti Durian