Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sofyank Mendunia Lagi, “Shoot” Video Bersama Hero Superman
Mohamad Sofian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sofyank kini semakin dikenali di arena antarabangsa.
Terbaru, Sofyank memuat naik gambarnya bersama pelakon utama filem Superman, David Corenswet selepas selesai menjalani penggambaran video.
“Alhamdulillah, tamat untuk Superman,” katanya menerusi kemas kini di laman sosial.
“Bismillah, lama tak rasa gementar macam ni. Lagi beberapa minit untuk slot penggambaran saya kejap lagi. Semoga Allah mudahkan urusan penggambaran kami. Tunggu tau,” titipnya.
Sofyank sebelum ini telah menghasilkan satu video movie junket bagi filem tersebut di Manila. Video berdurasi 16 saat itu menunjukkan dirinya sedang berada di kaki lima sambil membaca akhbar dan minum kopi sebelum satu letupan berlaku.
Menerusi laman X sahaja, video berkenaan mendapat sebanyak 100,000 tontonan daripada warga maya.
Untuk pengetahuan filem superhero terkenal itu bakal ditayangkan pada Julai nanti.
Turut sama membintangi filem ini termasuk Rachel Brosnahan sebagai Lois Lane dan Nicholas Hoult sebagai Lex Luthor. Nathan Fillion, Anthony Carrigan dan Isabela Merced turut dilaporkan menjadi sebahagian daripada pelakon sampingan filem franchise adiwira ini.
Bukan itu sahaja, Sofyank turut menjadi buah mulut warga maya apabila memuat naik video kerjasamanya dengan pelakon ikonik Asia, Louis Koo pada 11 Jun, sejurus selepas mengadakan penggambaran bersama pelakon ternama dunia, Tom Cruise di Tokyo bulan lalu.
Menerusi video bersama Tom Cruise, Sofyank mendedahkan senarai nama kru yang terlibat dalam penggambaran. Sebagai pengarah, Sofyank bergandingan bersama Shaffuan yang mana kedua-duanya turut menggalas tugas penyunting. Pembantu pengarah pula ditugaskan kepada tiga susuk yang dikenali sebagai Shafiq, Addeen dan Iqram. Sekumpulan anak muda yang digelar Defenderz turut disenaraikan sebagai pelakon lagak ngeri.
Menerusi ruang komen, ramai meluahkan rasa kagum dengan kejayaan Sofyank membawa nama ke mata dunia. Malah, ada juga yang menjangka Sofyank bakal menerima lebih banyak panggilan syarikat produksi luar untuk bekerjasama.
Sumber: Sofyank96
BACA: Program Perhubungan Awam UiTM Pertama Di Malaysia, Ke-7 Di Asia
BACA: Roket & Peluru Berpandu Pun Boleh Masuk Angin? Pakar Jelaskan Sebabnya