Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Surabaya Laksana Had Waktu Keluar Malam Bagi Remaja Bawah 18 Tahun
Indonesia, 24 Jun – Surabaya secara rasmi mula melaksanakan peraturan baharu melibatkan waktu keluar malam kepada kanak-kanak dan remaja bawah umur 18 tahun, berkuat kuasa serta-merta melalui satu surat edaran yang dikeluarkan oleh Datuk Bandar, Eri Cahyadi.
Menurut laporan Kumparan News, peraturan ini termaktub dalam Surat Edaran (SE) yang menetapkan had masa dari pukul 10 malam hingga 4 pagi waktu Indonesia Barat (WIB) di mana anak-anak tidak dibenarkan berada di luar rumah.
Menurut beliau, tujuan pelaksanaan waktu malam ini untuk mengelakkan remaja berkelakuan nakal seperti pergaulan bebas, penggunaan minuman keras, dadah serta bentuk keganasan terhadap anak.
“Selain itu, dasar ini juga diharap dapat membantu kanak-kanak untuk memberi tumpuan kepada pembelajaran dan berehat dengan optimum,” jelas beliau.
Namun begitu, terdapat beberapa pengecualian dibenarkan termasuk apabila anak-anak terlibat dalam aktiviti rasmi anjuran institusi pendidikan, keagamaan mahupun sosial atas pengetahuan ibu bapa atau penjaga.
“Anak dibenarkan berada di luar rumah jika bersama ibu bapa, dalam situasi kecemasan, keperluan kesihatan mendesak, atau atas kebenaran serta pengetahuan ibu bapa,” ujar Eri lagi.
“Anak-anak dilarang berada di lokasi seperti warung kopi, pusat permainan dalam talian, kafe siber dan di jalanan tanpa tujuan jelas,” katanya.
Bagi pelanggaran arahan ini, pendekatan secara memujuk akan diambil terlebih dahulu, termasuk sesi kaunseling bersama penjaga.
“Anak yang ingkar boleh diarahkan menyertai program Rumah Perubahan dan Rumah Ilmu Arek Suroboyo (RIAS), manakala kes yang lebih serius akan dirujuk kepada polis dan agensi berkaitan,” tambah beliau.
Susulan itu, penjaga kepada anak yang melanggar arahan akan turut dikenakan tindakan disiplin. Mereka akan diwajibkan menyertai kelas keibubapaan selain dipantau rapi oleh Ketua RT, RW, Kader Surabaya Hebat dan pihak pentadbiran kampung bandar serta mukim.
Eri turut menyeru agar ibu bapa bertindak sebagai barisan hadapan dalam melaksanakan nilai murni ‘7 Perwatakan Anak Indonesia Hebat’ iaitu bangun pagi, beribadah, bersukan, makan sihat, suka belajar, bermasyarakat dan tidur awal.
“Mereka juga digalakkan mengamalkan gerakan ‘1 Jam Berkualiti Tanpa Peranti Elektronik Bersama Keluarga’ untuk menguatkan komunikasi, emosi dan daya tahan anak,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Penguatkuasa Peraturan Tempatan Surabaya, Achmad Zaini, memaklumkan bahawa pihaknya telah memulakan rondaan harian bersama beberapa agensi lain.
“Kita mula tingkatkan rondaan sejak SE ini dikeluarkan, bersama Jabatan Pengangkutan, BPBD, pasukan bomba dan Polis Penguatkuasa setiap malam bermula jam 10 malam,” ujar Zaini.
Sumber: Kumparan News
BACA: Pelajar Kuat Main Mobile Legends Di Indonesia Bakal Dihantar Ke Kem Tentera