Cadbury mengajak rakyat Malaysia untuk jatuh cinta semula, bukan dengan drama atau lagu syahdu, tetapi dengan resepi baharu Cadbury Dairy Milk yang kini lebih kaya, lebih berkrim, dan lebih coklat daripada sebelumnya.
Lebih Besar, Lebih Puas King Size Baharu
Selain penambahbaikan resepi, Cadbury turut memperkenalkan saiz baharu 200g King Size serta reka bentuk ketulan coklat yang lebih besar dan memuaskan. Dihasilkan dengan penuh teliti di kilang Cadbury di Shah Alam oleh lebih 250 pembuat coklat tempatan, produk ini juga telah disahkan Halal oleh JAKIM sejak tahun 1994.
Daripada Kilang ke Komuniti
Cadbury bukan sekadar jenama makanan ringan tetapi turut aktif menjalankan program sosial seperti “Kuih Raya Dari Hati” bersama MyKasih Foundation. Sejak 2021, program ini telah membantu wanita dari komuniti kurang berkemampuan menjana pendapatan melalui projek biskut tart coklat. Pada tahun 2024, inisiatif ini diiktiraf oleh Malaysia Book of Records dengan penghasilan lebih 150,000 biji tart coklat yang disumbangkan ke rumah kebajikan.
Menurut See Mei Sin, Ketua Pemasaran Mondelēz International (Malaysia & Singapura), “Cadbury Dairy Milk telah menjadi jenama yang sangat disayangi di Malaysia selama lebih 75 tahun. Ia bukan sekadar coklat, tetapi sebahagian daripada detik-detik penting rakyat Malaysia. Kami sentiasa mendengar dan berkembang bersama pengguna, dan hari ini kami berbangga melancarkan Cadbury Dairy Milk baharu yang lebih kaya dan lebih coklat untuk terus mengukuhkan hubungan ini.”
Turun Padang Bersama Trak Ungu
Sebagai tanda penghargaan kepada para peminat, Purple Truck Cadbury akan menjelajah seluruh negara dari 1 Julai hingga 31 Ogos 2025 dengan pelbagai aktiviti, rasa sampel percuma, dan pengalaman menarik, semua bertujuan menyemai semula rasa cinta terhadap coklat.
Cadbury Dairy Milk baharu, termasuk saiz King Size, kini boleh didapati di seluruh negara. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba sendiri coklat yang bukan sahaja enak, tetapi turut membawa semangat kebaikan dan komuniti.
Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Cadbury Malaysia