Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Cinta Pandang Pertama
Kredit: ImageFX

Cinta Pandang Pertama Bukan Sekadar Kebetulan, Ini Penjelasan Saintifik Disebaliknya

Athirah

Cinta Pandang Pertama Bukan Sekadar Kebetulan, Ini Penjelasan Saintifik Disebaliknya

Cinta sering digambarkan sebagai sesuatu yang indah, misteri dan kadang sukar difahami.

Di antara pelbagai bentuk perasaan cinta, jatuh cinta pandang pertama adalah fenomena yang paling memikat imaginasi manusia.

Hanya dengan satu pandangan, hati seseorang seolah-olah 'disambar kilat', mencetuskan getaran emosi yang kuat dan tak terduga. Oleh itu, sesetengah orang percaya ia adalah takdir.

Adakah cinta pandang pertama hanyalah perasaan semata-mata, atau wujud individu yang benar-benar tertarik kepada seseorang hanya melalui pandangan pertama?

Justeru, SK kali ini ingin berkongsi kepada anda mengenai penjelasan saintifik di sebaliknya.

"The chemistry of chemistry"

Menurut portal Mental Floss, selama beberapa dekad, ahli antropologi telah meneliti imbasan MRI individu yang mendakwa mengalami 'cinta sepenuh hati' dan satu bahan kimia sentiasa muncul iaitu dopamin.

Bahan ini sama yang mengawal otak kita ketika memenuhi keperluan asas seperti makan atau minum.

Dopamin dilepaskan dalam sekelip mata, menjadikan cinta pandang pertama sebagai tindak balas fisiologi sebenar.

Menurut The Royal Institution, pada tahun 2004, dua daripada tiga orang di Amerika Syarikat mengaku pernah mengalami cinta pandang pertama.

Dalam tinjauan tahun 2017 yang dianjurkan oleh Harper's Bazaar, lelaki melebihi wanita sebanyak 11 peratus dalam mempercayai fenomena ini.

Walaupun mudah untuk menganggap cinta pandang pertama sebagai pertemuan takdir, sains kimia memberi penjelasan yang lebih rasional.

Apabila seseorang jatuh cinta, tubuh mengalami perubahan fizikal dan kimia.

Selain itu, otak melepaskan neurotransmiter seperti oksitosin dan dopamin, yang mencetuskan perasaan tertarik dan membantu mengukuhkan ikatan dengan pasangan.

Peningkatan oksitosin yang serupa juga berlaku semasa kelahiran, mewujudkan rasa cinta pandang pertama.

Kesimpulannya, kita semua dipengaruhi oleh bahan kimia otak, yang kesannya menjadi lebih kuat ketika kita sedang jatuh cinta.

Peranan deria dalam jatuh cinta

Sebenarnya, deria bau dan penglihatan mata kita pun memainkan peranan penting dalam membuat seseorang itu mudah jatuh cinta pandang pertama.

Menurut portal Mental Floss, kebanyakan wanita lebih peka terhadap bau badan lelaki ketika berada dalam fasa subur kitaran haid mereka dan ini boleh menimbulkan tindak balas fizikal serta emosi yang spontan.

Bau badan atau wangian seseorang itu boleh mencetuskan rasa tertarik dan teruja tanpa kita sedar, walaupun baru pertama kali bertemu.

Di samping itu, tatapan mata juga memainkan peranan penting dalam cinta pandang pertama. Adakala, pandangan antara dua orang boleh jadi satu bahasa tersendiri yang hanya mereka fahami.

Sebelum ini, terdapat satu eksperimen di mana peserta diminta untuk menatap mata seseorang yang tidak dikenali selama dua minit.

Hasil eksperimen menunjukkan bahawa perasaan suka sama suka boleh tercetus walaupun peserta tidak pernah mengenali individu tersebut.

Dalam konteks cinta pandang pertama, deria bau dan penglihatan mata memainkan peranan penting.

Difahamkan, kedua-dua faktor ini boleh menyebabkan seseorang cepat merasa tertarik atau ingin rapat dengan individu lain, walaupun baru pertama kali bertemu.

Pada tahun 2017, Journal of the International Association for Relationship Research mendapati bahawa cinta pandang pertama berlaku apabila terdapat rasa kimia fizikal yang kuat.

Dengan kata lain, fenomena ini berkait rapat dengan tarikan fizikal segera yang anda rasai terhadap seseorang hanya selepas sekali pandang.