Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Lelaki raih ikan
Kredit: Kakak Sheyda
Tiada Kategori

Sekali Tebar, Lelaki ‘Borong’ Lauk Ikan Seminggu Di Tepi Pantai

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Sekali Tebar, Lelaki ‘Borong’ Lauk Ikan Seminggu Di Tepi Pantai

Aktiviti memancing sering menjadi pilihan ramai bagi mengisi masa lapang, selain dapat membawa pulang hasil yang segar.

Ramai yang gemar memancing di jeti, muara sungai atau pantai kerana ia memberikan ketenangan kepada pemancing sambil menunggu umpan disambar ikan.

Ada juga sesetengah mereka yang menganggap aktiviti memancing sebagai salah satu bentuk terapi minda. Selain memancing, menjala ikan juga merupakan salah satu cara untuk mendapatkan hasil di sungai.

Pun begitu, aktiviti ini memerlukan kemahiran tersendiri agar jala yang ditebar ke dalam air terbuka. Namun tidak dinafikan kedua-dua kaedah ini mempunyai cabaran dan keunikan tersendiri.

Tular di TikTok, seorang wanita berkongsi pengalaman suaminya melepaskan gian ingin menjala di tepian pantai Teluk Senangin.

Tanpa diduga, dengan hanya sekali tebar, suaminya meraih begitu banyak hasil tangkapan.

“Rezeki kami, pertama kali papa guna jala dia tu. Beli memang untuk buang gian dia. Alhamdulillah ikan mai serah diri kat pantai Teluk Senangin ni.

“Anak-anak sekali dengan ibu dia teruja. Ada rezeki kita mai lagi,” kongsi wanita berkenaan.

Kredit: Kakak Sheyda

Berasal daripada Teluk Intan, Sheyda memaklumkan kehadiran mereka sekeluarga di Teluk Senangin pada awalnya untuk berkelah.

“Dia memang dah lama nak menjala. Ngam baru je beli jala semalamnya tu. Alhamdulillah, tebar terus dapat hasil.

“Suami orang Sabah, kira tebar jala tu bakat terpendam dia. Dia memang orang laut. Saya orang Teluk Intan, Perak. Ajak suami berkelah Teluk Senangin, tiba-tiba dia teringin nak menjala. Memang dia tunjuk skill la,” ujarnya ketika ditanya SK.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut merasai keterujaan apabila melihat hasil tebaran jala berkenaan.

“Ikan tu memang siapa yang tak syok, tapi aku lagi syok dengar akak ni dengan anak-anak dia bersorak. Alhamdulillah semoga akak sentiasa gembira,” titip seorang warga maya.

“Anak saya tak bagi tukar video lain lepas tengok video akak ni,” kongsi yang lain.

“Wah, pertama kali nampak ikan selar lekat dekat jala, biasa nampak dekat pasar je” ujar seorang lagi warga maya yang turut teruja.

Sumber: Kakak Sheyda

BACA: Cadbury Dairy Milk Baharu Lebih Kaya, Lebih Coklat & Lebih Cinta

BACA: Rawat Luka Lecur, Ketahui Fakta Menarik Tentang Kulit Ikan Tilapia