Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
formula tanam bayam subur
Kredit: Cikgu Kebun

Tumbuh Subur & Besar, Lelaki Kongsi Rahsia Tanam Bayam Sihat

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Tumbuh Subur & Besar, Lelaki Kongsi Rahsia Tanam Bayam Sihat

Berkebun kini menjadi hobi pilihan ramai, bukan sahaja untuk menghiasi halaman rumah tetapi juga sebagai sumber makanan segar. Aktiviti ini semakin popular kerana mudah dilakukan walaupun di ruang terhad. Ramai juga yang mula menanam sayur-sayuran sendiri untuk kegunaan harian.

Antara tanaman yang sering dipilih ialah bayam kerana mudah dijaga dan cepat dituai. Bayam juga kaya dengan khasiat, menjadikannya sayur pilihan untuk hidangan keluarga.

Penanaman bayam sesuai dilakukan di kawasan rumah walaupun hanya ada tanah sekangkang kera.

Pekebun yang dikenali dengan nama panggilan sebagai Cikgu Kebun, atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Ahmad Khasasi berkongsi formula ringkas tanam bayam menjadi subur.

Menerusi perkongsian di laman Facebook peribadinya, Cikgu Kebun menggunakan formula yang merangkumi teknik tanaman, penjarangan dan baja yang betul. Jumlah penggunaan air juga diambil kira di samping pendedahan cahaya yang cukup.

Formula ini terbukti menjadi apabila Cikgu Kebun menunjukkan hasil tanaman bayam separa merahnya yang tumbuh subur dengan daun sebesar tapak tangan.

Selain itu, pokok bayam ini juga tumbuh menghampiri separuh badan lelaki dewasa di samping memiliki batang pokok selebar ibu jari.

“Kalau hampa tengok macam ni, nampak batang besar macam ni tapi dia lembut. Tengok saya patahkan. Nampak je besar tapi dia lembut,” ujarnya sambil menunjukkan demonstrasi menerusi video yang dikongsi.

Menurut lelaki berkenaan, keadaan ini bukan disebabkan baka bayam yang dipilih tetapi berikutan penggunaan formula yang dikongsinya.

Ketika ditanya SK, Cikgu Kebun memaklumkan bahawa teknik penanaman yang digunakan ialah teknik brownies. Teknik ini digelar bagi cara semaian. Video berikut menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan teknik ini.

Bagi penggunaan baja pula, Cikgu Kebun memilih untuk menggunakan baja wangi organik yang dihasilkannya sendiri.

Kredit: Cikgu Kebun

“Bahan baja ini tanpa najis haiwan, hanya gunakan tumbuhan, batuan mineral dan ada mikrob hidup.

“Tanah pula saya guna formula obess soil. Formula saya buat sendiri tapi nak kongsi ilmu ni boleh,” katanya.

Formula obess soil ini memerlukan anda untuk sediakan beberapa bahan dengan nisbah yang betul.

Menurut Cikgu Kebun, anda perlu sediakan tanah sawit proses dengan nisbah dua, sabut hancur nisbah dua, dan kompos tinja lembu nisbah satu. Selain itu, sekam padi bakar dan sekam padi mentah turut diperlukan dengan nisbah satu setiap satu.

“Sediakan baja wangi organik 100 gram, perlite 50 gram, azomite 50 gram, dolomite 50 gram, CIRP 50 gram,” tambahnya.

Apabila cukup kesemua bahan, gaulkan kemudian sembur soil treatment. Cecair ini turut dibuat sendiri oleh Cikgu Kebun.

Formula ini membuktikan bahawa dengan bahan dan teknik yang betul, sesiapa sahaja boleh menghasilkan tanah subur untuk penanaman bayam di rumah. Selamat mencuba.

Sumber: Mohd Syafiq Ahmad Khasasi

BACA: Peluasan SST Tidak Beri Kesan Besar Kepada Ibu Bapa Hantar Anak Ke Institusi Swasta

BACA: Hantar “Treadmill”, Abang Kurier Sempat Titip Semangat Turunkan Berat Badan