Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Cara Perangkap Lalat Guna Kulit Pisang, Mudah & Berkesan
Kehadiran lalat di kawasan kediaman sering menjadi gangguan kepada penghuni rumah. Serangga ini bukan sahaja menjijikkan, malah boleh menyebarkan pelbagai penyakit.
Selain di rumah, lalat juga menjadi masalah utama di premis makanan seperti restoran dan gerai. Kehadiran lalat yang banyak boleh menjejaskan kebersihan serta menimbulkan rasa kurang selesa kepada pelanggan.
Oleh itu, ramai pemilik rumah dan peniaga mencari pelbagai cara untuk mengurangkan masalah ini.
Sudah terlalu banyak petua membuat perangkap lalat dikongsi dengan menggunakan pelbagai bahan. Namun, kebanyakan perangkap lalat ini tidak dapat lari daripada penggunaan bahan kimia.
Kali ini, SK ingin kongsikan dengan para pembaca satu petua perangkap lalat yang mesra alam, malah tidak mendatangkan bahaya kepada sesiapa kecuali lalat itu sendiri.
Ikuti cara hasilkan perangkap lalat yang dikongsi seorang pengguna Facebook, Syafiq Wazan berikut.
“Perangkap lalat buatan sendiri menggunakan rendaman kulit pisang dalam botol plastik. Sangat berkesan, murah, dan bebas bahan kimia berbahaya,” katanya.
Bagi menyediakan perangkap ini, anda perlukan beberapa bahan yang mudah didapati di rumah. Sediakan satu botol plastik berukuran 1.5 liter, tiga suku hingga satu cawan gula dan tiga suku hingga satu cawan cuka.
Menurut Syafiq, tiada halangan untuk anda menggunakan apa sahaja jenis cuka. Bahan utama perangkap ini sudah tentu kulit pisang. Anda hanya perlukan satu sahaja bagi setiap botol.
Kemudian, sediakan air suam secukupnya.
Mari kita lihat cara penyediaannya pula.
Pertama sekali, anda perlu masukkan kulit pisang ke dalam botol. Kemudian, tambahkan gula dan cuka sebelum menuang air suam. Rujuk gambar di bawah untuk mengetahui paras air suam yang diperlukan.

Selepas itu, tutup botol dan goncang supaya semua bahan sebati. Setelah siap, anda boleh gantung botol perangkap lalat di tempat terbuka contohnya pokok, pagar atau tiang.
“Guna dawai, bukan tali sebab tupai boleh gigit,” titip lelaki berkenaan.
Botol boleh dibuang atau diganti apabila sudah penuh seperti gambar berikut. Anda hanya perlu tutup dan buangkan botol ke dalam tong sampah.

Menerusi perkongsiannya, Syafiq turut menjelaskan sebab di sebalik kejayaan perangkap bebas bahan kimia ini.
“Lalat tertarik dengan bau fermentasi dan manis daripada campuran ini,” katanya.
Dengan menggunakan kaedah ini, masalah lalat dapat dikurangkan dengan cara yang lebih selamat, mudah dan mesra alam tanpa memerlukan kos yang tinggi.
Selamat mencuba.
Sumber: Syafiq Wazan
BACA: Jabatan Pertanian Perkenal Perangkap Serangga Solar, Tingkat Kualiti Durian
BACA: Cara Berkesan Perangkap Lalat, Tak Sampai 5 Minit Dah Penuh