Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Pernah Tular Pinjam Basikal Cari Rezeki, Kisah Rider Ini Buka Jalan Lindung 1.2 Juta Pekerja Gig
Pada tahun 2021, kisah seorang rider penghantar makanan pernah mencuri perhatian ramai. Demi meneruskan kerja, beliau terpaksa meminjam sebuah basikal daripada rakan.
Kisah ini menjadi tular, menjadi sorotan. Ramai beranggapan, kerja seorang rider bukan kerja kecil atau remeh. Sebaliknya, ia adalah pekerjaan bermaruah yang memastikan kelangsungan hidup ribuan keluarga.
Ketika itu, seorang wakil rakyat tampil menghulurkan bantuan dengan membelikan motosikal baharu untuk rider tersebut. Wakil rakyat itu ialah Steven Sim, yang kini menjawat jawatan Menteri Sumber Manusia.

Hari ini pula, kisah kecil yang menyentuh hati itu berkembang menjadi perjuangan besar apabila beliau membawa Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 ke Parlimen, hari ini.
RUU Pekerja Gig 2025 bagi membela nasib 1.2 juta pekerja gig di negara ini dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.
Sim ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata bacaan kali kedua dan ketiga RUU itu akan dibuat pada sesi mesyuarat Dewan Rakyat kali ini.

Beliau pada sidang media selepas itu berkata RUU berkenaan mempunyai empat komponen asas melibatkan definisi pekerja gig, mekanisme kilanan, isu kadar bayaran dan keselamatan sosial.
“Sebanyak 40 sesi libat urus melibatkan hampir 4,000 pihak berkepentingan diadakan termasuk bersama kerajaan negeri, wakil majikan, syarikat, persatuan pekerja gig, kesatuan sekerja, ahli akademik dan badan bukan kerajaan bagi mendapatkan pandangan terhadap undang-undang ini,” katanya.
Selain itu, Sim berkata ruang maklum balas turut diadakan secara dalam talian dan telah menerima 500 pandangan dalam mewujudkan RUU itu.
“Saya mohon semua pihak khususnya Ahli Parlimen dari kerajaan dan pembangkang untuk menyokong dan akhirnya meluluskan RUU ini demi masa depan yang baik untuk pekerja gig yang telah berhempas-pulas bermandi keringat mencari rezeki serta memberikan kemudahan kepada kita semua,” katanya.

Sementara itu, Ketua Aktivis Gabungan eHailing Malaysia (GEM) Masrizal Mahidin pada sidang media sama menyambut baik langkah kerajaan membentangkan RUU itu yang disifatkan sebagai anjakan reformasi baharu bagi mengangkat martabat pekerja gig di negara ini.
Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) Khalil Saleh turut berterima kasih kepada kerajaan kerana membentangkan RUU itu yang bukan sahaja membela nasib pekerja tetapi juga menjadi platform untuk memastikan mereka mempunyai ruang terhadap perundangan yang adil.
RUU berkenaan antaranya bertujuan melindungi hak pekerja gig, mengadakan peruntukan bagi kewajipan entiti kontrak serta mengawal selia terma dan syarat perjanjian perkhidmatan yang dibuat antara entiti kontrak dengan pekerja gig.
Fasal 8 RUU itu menyatakan seseorang pekerja gig antaranya hendaklah dimaklumkan terma dan syarat perjanjian perkhidmatan serta kadar dan butiran pendapatan yang dipersetujui sebelum pekerja gig itu bersetuju untuk melaksanakan perkhidmatan.
Selain itu, RUU itu bertujuan mengadakan peruntukan bagi mekanisme penyelesaian pertikaian, menubuhkan Majlis Perundingan dan penubuhan Tribunal Pekerja Gig.
#PERKESOLINDUNGSemua #iLINDUNGu #pekerjagig
BACA: Subsidi RON95: Fasa Akhir Perhalusi Kriteria Kelayakan, Kaedah Pelaksanaan – Amir Hamzah
BACA: Akta Kanak-Kanak Lindungi Semua Mangsa, Tertuduh, Saksi
BACA: RUU Berkaitan Tahanan Rumah Dalam Fasa Akhir – Saifuddin Nasution