Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Pink Noise
Kredit: ImageFX

Kajian Dedah Bunyi ‘Ini’ Lebih Berkesan Dari White Noise Untuk Tidur Lena

Azzwin

Kajian Dedah Bunyi ‘Ini’ Lebih Berkesan Dari White Noise Untuk Tidur Lena

Apabila hujan turun, ramai berpendapat itulah waktu paling sesuai untuk berehat dan melelapkan mata.

Suasana yang redup, suhu yang sejuk, dan bunyi titisan hujan yang semula jadi secara tidak sedar memberi ketenangan kepada kita.

Justeru, kali ini SK akan berkongsi rahsia di sebalik bunyi hujan, atau dikenali sebagai pink noise yang dapat membantu kita tidur dengan lebih mudah.

Apa itu pink noise?

Menurut portal Sleep Doctor, pink noise merupakan bunyi yang mengandungi pelbagai frekuensi boleh dengar, namun dengan lebih banyak kuasa pada frekuensi rendah.

Untuk memudahkan gambaran, bayangkan bunyi yang tidak terlalu tajam, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu bising tetapi stabil, seimbang dan menenangkan.

Disebabkan teling manusia lebih sensitif kepada frekuensi tertentu, pink noise sering kedengaran lebih selesa dan seimbang berbanding white noise.

Difahamkan, white noise cenderung berbunyi lebih nyaring dan tinggi, manakala pink noise juga banyak wujud dalam bunyi-bunyi alam semula jadi seperti angin dan hujan.

Ia sering dikaitkan dengan bunyi air atau alam semula jadi seperti hujan, air terjun, tiupan angin, aliran sungai dan ombak laut.

Bunyi ini juga sering digunakan sebagai latar atau bunyi kawalan dalam kajian kerana ia didapati kurang mengganggu berbanding jenis bunyi lain.

Bagaimana pink noise mempengaruhi tidur?

Kajian awal menunjukkan bahawa pink noise berpotensi membantu seseorang tidur lebih cepat dan mendapatkan tidur yang lebih berkualiti, menurut portal Sleep Doctor.

Selain itu, bunyi ini juga tidak menunjukkan kesan sampingan yang ketara selagi dimainkan pada tahap kelantangan yang sesuai.

Bunyi pink noise yang stabil boleh membantu individu lebih mudah berehat sebelum tidur kerana ia mampu menutup atau mengurangkan gangguan bunyi lain di sekeliling.

Dalam satu kajian awal, bunyi ini dimainkan pada 60 desibel kira-kira sama kuat dengan bunyi peti sejuk dan didapati membantu peserta tertidur lebih cepat.

Satu kajian yang lebih baru pula menggunakan rakaman pink noise yang diprogramkan untuk perlahan-lahan menurunkan kelantangan ketika seseorang ingin tidur.

Menariknya, bukan sahaja peserta tidur lebih cepat, malah mereka juga dapat tidur lebih awal daripada biasa.

Dapat meningkatkan kualiti tidur

Portal Sleep Doctor juga turut menjelaskan beberapa kajian telah meneliti bagaimana pink noise boleh digunakan untuk memperbaiki kualiti tidur.

Dalam satu kajian, gelombang otak peserta didapati semakin perlahan selari dengan bunyi pink noise sekali gus membantu menstabilkan tidur mereka.

Para penyelidik juga berjaya meningkatkan tidur nyenyak dengan memainkan denyutan pink noise yang perlahan pada waktu tertentu pada waktu malam.

Di samping itu, tidur nyenyak merupakan fasa tidur yang paling memulihkan tubuh dan memainkan peranan penting dalam fungsi sistem imun.

Tidur nyenyak merupakan fasa tidur yang paling memulihkan tubuh dan memainkan peranan penting dalam fungsi sistem imun.

Peningkatan tidur nyenyak melalui pink noise juga berpotensi memberi kesan positif kepada tahap hormon stres dan kesihatan kardiovaskular.

Selain itu, memainkan bunyi pink noise selari dengan jenis gelombang otak tertentu ketika tidur turut didapati bermanfaat untuk memori.

Membantu meningkatkan Sleep spindles

Menurut portal Sleep Doctor, pink noise juga mungkin membantu meningkatkan sleep spindles.

Sleep spindles ialah letusan aktiviti singkat dalam otak yang membantu menghalang rangsangan luar ketika seseorang sedang tidur.

Kajian terkini yang semakin berkembang menunjukkan bahawa penggunaan denyutan pink noise untuk meningkatkan kepadatan sleep spindles mungkin membantu mengurangkan penyakit kronik.

BACA: Pencarian MH370 Akan Disambung Semula Pada 30 Dis Ini

Sumber: Sleep Doctor