Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: Bernama

LLM Jangka 2.6 Juta Kenderaan Sehari Di Lebuh Raya Utama Sempena Hari Krismas

Aina Munirah

LLM Jangka 2.6 Juta Kenderaan Sehari Di Lebuh Raya Utama Sempena Hari Krismas

KAJANG, 19 Disember 2025 – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan sebanyak 2.6 juta kenderaan sehari yang akan menggunakan lebuh raya utama pada hari-hari puncak sempena Sambutan Hari Krismas tidak lama lagi.

Menurutnya, sebanyak 2.2 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya di bawah Kumpulan PLUS dan masing-masing 186 ribu, 69.2 ribu, 33.2 ribu dan 144.6 ribu kenderaan dijangkan menggunakan Lebuhraya KL-Karak, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 dan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE).

“Peningkatan jumlah trafik di lebuh raya utama akan berlaku seawal hari Jumaat, 19 Disember 2025 bagi pengguna lebuh raya yang menuju ke arah Pantai Timur, Utara dan Selatan,” katanya.

Kenyataan ini juga susulan dari pengumuman Kerajaan MADANI memberikan diskaun tol sebanyak 50 peratus daripada kadar tol biasa bagi kenderaan Kelas 1 (Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang).

Diskaun tersebut akan bermula pada 23 Disember 2025 jam 12.01 tengah malam sehingga 24 Disember 2025 jam 11.59 malam di semua plaza tol kecuali Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Lebuhraya Utara Selatan dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA) bersempena dengan cuti perayaan Hari Krismas yang disambut pada Khamis, 25 Disember 2025.

Dalam pada itu, LLM juga telah mengarahkan kesemua Syarikat Konsesi Lebuh Raya untuk melakukan persediaan rapi supaya perjalanan pengguna lebuh raya selamat dan lancar sepanjang tempoh berkenaan.

Syarikat Konsesi Lebuh Raya mestilah memastikan tiada penutupan lorong kecuali bagi kerja kecemasan bermula pada 19 Disember 2025 hingga 28 Disember 2025.

BACA: Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Sambutan Hari Krismas

Selain itu, mereka perlu memastikan laluan ‘smart lane’ diaktifkan di 30 lokasi yang telah dikenalpasti di Lebuhraya PLUS.

LLM juga telah mengarahkan syarikat konsesi lebuh raya utama untuk memastikan sistem kutipan tol berfungsi dengan baik bagi mengelakkan kesesakan di plaza tol. Selain itu, pelaksanaan kutipan tol berlapis di beberapa plaza tol yang dikenalpasti mempunyai trafik yang tinggi.

Syarikat Konsesi Lebuh Raya juga dinasihatkan agar sentiasa memastikan pengoperasian lebuh raya dalam keadaan terbaik dan semua kemudahan dapat berfungsi sepanjang tempoh tersebut terutamanya di Kawasan Rehat & Rawat serta Hentian Sebelah demi keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya.

Di samping itu, kemudahan tambahan parkir dan tandas sementara dari jenis mudah alih dan kabin untuk menampung keperluan pengguna mestilah disediakan.

Bilangan petugas juga mestilah ditingkatkan bagi memastikan kebersihan tandas dan kecukupan bekalan air. Sekiranya keadaan di lokasi sesak, pengguna digalakkan untuk meneruskan perjalanan dan singgah di hentian seterusnya.

Bekalan minyak di stesen-stesen minyak juga mestilah mencukupi dengan kerjasama daripada pengusaha stesen dan syarikat pembekal minyak demi keselesaan pengguna.

Selain itu, pihak LLM juga menasihatkan pengguna agar merancang perjalanan terlebih dahulu dengan merujuk TuJu Highway Navigation App LLM dan travel time advisory (TTA) bagi perjalanan di Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1.

Pengguna juga perlu memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan baki kad touch and go, e-wallet dan kad debit mencukupi.

Pengguna yang melalui jajaran ‘smart lane’ boleh menggunakan lorong kecemasan sebagai laluan alternatif ketika berlaku kesesakan.

BACA: ASB Isytihar Agihan Pendapatan 5.75 Sen Seunit

“Pengguna dinasihatkan juga untuk mematuhi papan tanda yang disediakan. Bagi penunggang motosikal, anda diharapkan sentiasa fokus semasa menunggang dan peka dengan pengaktifan ‘smart lane’ di kawasan yang telah dikenalpasti.

“Sekiranya cuaca buruk, anda dinasihat untuk berteduh di motorcycle shelter yang telah disediakan di 571 lokasi sepanjang lebuh raya.

“Untuk mendapatkan maklumat trafik lebuh raya atau sebarang insiden, pengguna boleh melalui media sosial rasmi LLM dan syarikat konsesi seperti di Facebook rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia, aplikasi X @llmtrafik serta TikTok @llmtrafik,” katanya lagi.

Pengguna juga boleh hubungi Pusat Pengurusan Trafik LLm di talian 1-800-88-7752. Bagi mendapatkan maklumat keadaan trafik semasa melalui paparan CCTV bagi semua lebuh raya, pengguna boleh melayari laman sesawang LLM di https://www.llm.gov.my

BACA: Projek WCE: Melaka Bakal Ada Enam Plaza Tol Baharu