Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Murid Gembira & Mak Ayah Lega, Disember 2026 Cuma Sekolah Empat Hari Je
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Kalendar Akademik bagi sesi persekolahan tahun 2026 yang melibatkan Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan KPM.
Antara yang menarik dalam Kalendar Akademik berkenaan tentunya bahagian yang menyebut tentang jumlah hari persekolahan dan tarikh-tarikh cuti setiap bulan.
Berdasarkan Kalendar Akademik tersebut, Kalendar Akademik bagi bulan Disember 2026 bagi Kumpulan A iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu hanya berlangsung selama tiga hari iaitu pada 1 Disember hingga 3 Disember 2026.
Manakala Kumpulan B bakal menjalankan sesi persekolahan bagi bulan Disember selama empat hari iaitu pada 1 Disember hingga 4 Disember 2026. Kumpulan ini terdiri daripada sekolah di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya
Berikutan itu, Cuti Akhir Persekolahan bagi Kumpulan A akan bermula pada 4 Disember hingga 31 Disember 2026. Bagi Kumpulan B, cuti tersebut akan bermula pada 5 Disember hingga 31 Disember 2026.
Sebagai pengetahuan, bilangan hari persekolahan ini berikutan kejayaan KPM mengembalikan semula sesi persekolahan pada bulan Januari. Usaha ini telah dilaksanakan secara berperingkat, lapor Bernama
Difahamkan, jumlah hari persekolahan berkenaan berdasarkan pelarasan tarikh-tarikh yang melibatkan cuti perayaan sepanjang tempoh sesi persekolan tahun 2026.
Antara cuti perayaan yang disenaraikan termasuk cuti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali. Begitu juga Pesta Kaamatan, Hari Gawai dayak dan Hari Krismas.
Selain itu, perkara berkenaan turut melibatkan cuti tambahan yang diperuntukkan bagi sambutan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali.
“Peruntukan cuti tambahan berkenaan tidak perlu diganti,” jelas KPM menerusi kenyataan tersebut.
Berkenaan cuti bagi Tahun Baru Cina, KPM memberikan tiga hari cuti tambahan bagi kedua-dua kumpulan. Berikutan itu, Kumpulan A bakal bercuti pada 15 hingga 19 Februari manakala Kumpulan B bakal bercuti pada 16 hingga 20 Februari.
Bagi cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri pula, sekolah-sekolah Kumpulan A menerima satu hari cuti tambahan dan mula bercuti pada 19 Mac 2026. Bagi Kumpulan B pula, dua hari cuti tambahan diberikan iaitu pada 19 dan 20 Disember 2026.
KPM turut memperuntukkan satu hari cuti tambahan bagi perayaan Hari Deepavali iaitu 9 November bagi Kumpulan A dan Negeri Sarawak. Kumpulan B pula menerima satu hari cuti tambahan iaitu pada 10 November, kecuali Negeri Sarawak.