Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Tiada Kategori
‘Garden of Senses: A Tea Reverie’ Dipersembahkan Oleh Muzium Tamadun Asia, CHAGEE Dan Lembaga Pelancongan Singapura

Syamimi

‘Garden of Senses: A Tea Reverie’ Dipersembahkan Oleh Muzium Tamadun Asia, CHAGEE Dan Lembaga Pelancongan Singapura

Muzium Tamadun Asia (Asian Civilisations Museum, ACM), dengan kerjasama jenama teh antarabangsa CHAGEE dan Lembaga Pelancongan Singapura (Singapore Tourism Board, STB), hari ini mengumumkan pelancaran ‘Garden of Senses: A Tea Reverie’, sebuah pameran mengasyikkan yang meneroka teh sebagai ritual kemanusiaan yang mendalam, dibentuk oleh kraftangan turun-temurun, kisah dan amalan, serta terus berkembang melalui kreativiti moden. Pameran ini akan dibuka setiap hari dari 28 Januari 2026 hingga 7 Jun 2026 di Muzium Tamadun Asia.

‘Garden of Senses: A Tea Reverie’ menjemput pengunjung untuk menikmati semula pengalaman teh yang melangkaui rasa dan aroma dengan melibatkan keupayaan dan deria kita untuk melihat, menyentuh, mendengar dan berfikir sekaligus menghubungkan kita kembali kepada inti pati yang mendefinisikan sifat kemanusiaan.

Melalui perjalanan pelbagai deria ini, pameran ini menyingkap bagaimana amalan meminum teh mencerminkan kehidupan manusia itu sendiri, mengubah secawan teh yang sederhana menjadi detik kesedaran yang merentasi budaya dan masa.

Kerjasama Tiga Pihak Menafsir Semula Warisan Teh

“Pameran hasil kurasi bersama ini menandakan kerjasama pertama Muzium Tamadun Asia dengan jenama gaya hidup global,” kata Clement Onn, Pengarah Muzium Tamadun Asia dan Peranakan Museum.

“Melalui kerjasama bersama CHAGEE dan Lembaga Pelancongan Singapura, kami berpeluang dengan penuh keterujaan untuk menafsir semula pengalaman warisan teh. Dengan menggabungkan koleksi muzium kami bersama amalan kontemporari, kami menawarkan pengunjung pendekatan baharu yang segar dan berasaskan pelbagai deria untuk berinteraksi dengan tradisi budaya. Sejarah dan seni teh adalah pelbagai dimensi, mempengaruhi pelbagai budaya di Asia. Kerjasama ini membolehkan kami meneroka peranan sejagat teh dalam kehidupan seharian serta merenung kepentingannya yang berterusan merentasi pelbagai wilayah dan sepanjang sejarah.”

Seiring dengan visi bersama ini, kerjasama tersebut turut mencerminkan aspirasi CHAGEE untuk memperluas pemahaman global terhadap budaya teh melangkaui secawan teh. “Teh sentiasa menjadi penghubung budaya, menyatukan manusia merentas generasi dan geografi,” kata Lawrence Wen, Ketua Pegawai Eksekutif, CHAGEE Singapura.

“Di CHAGEE, kami melihat teh sebagai sesuatu yang sangat manusiawi, yang hadir dalam detik kebersamaan, perbualan dan kehidupan seharian. Melalui pameran ini, kami berbangga dapat bekerjasama dengan Muzium Tamadun Asia dan Lembaga Pelancongan Singapura untuk menjemput pengunjung menghayati teh bukan sekadar sebagai warisan, tetapi sebagai ritual hidup yang terus berkembang dalam kehidupan moden.”

Kerjasama tiga pihak ini turut mencerminkan pendekatan STB dalam membentuk Singapura sebagai destinasi yang menarik melalui inisiatif pemasaran baharu bersama jenama global dan tarikan tempatan. Kolaborasi sebegini menampilkan keunikan dan dinamisme Singapura, daripada kepelbagaian warisan budaya dan komuniti yang saling terhubung, hinggalah ke ekosistem kreatifnya yang berpandangan jauh.

Kenneth Lim, Penolong Ketua Eksekutif Kumpulan Pemasaran, Lembaga Pelancongan Singapura berkata, “Pameran hasil kerjasama ini merangkum keunikan setiap organisasi seperti ilmu kebudayaan Muzium Tamadun Asia, kepimpinan CHAGEE dalam budaya teh moden, serta keupayaan STB dalam penceritaan destinasi untuk menghasilkan sebuah pengalaman baharu yang segar dan memikat buat para pengunjung. Dengan merangsang kerjasama antara tarikan tempatan dan jenama antarabangsa melalui pendekatan yang tidak konvensional, inisiatif seperti ini mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai pusat pengalaman baharu yang dinamik, sekali gus meningkatkan daya tarikan destinasi serta memikat khalayak pelbagai latar yang mencari pengalaman tulen dan inovatif.”


Sebuah Perjalanan Susunan Terpilih Melalui Seni Teh

‘Garden of Senses: A Tea Reverie’ terungkai sebagai sebuah perjalanan berperingkat yang menghimpunkan koleksi bersejarah, tafsiran kontemporari, serta karya seni baharu hasil artis tempatan, termasuk Ashley Yeo dan Alecia Neo, yang menerokai teh melalui perspektif moden masing-masing. Pengunjung dijemput menyelami semangat keheningan dan renungan, karya ‘shade of tea’ oleh Ashley Yeo yang menzahirkan daun teh melalui bentuk-bentuk kertas terapung.

Praktik seni Yeo menghasilkan karya yang tenang dan bersifat atmosfera, meneroka konsep keperlahanan, kebendaan, dan cara persepsi yang kontemplatif. Sebagai kontras,Symphony of Tea’ oleh Alecia Neo bersama komposer Clarence Chung, dengan sinematografi oleh Jonathan Goh dan rakaman bunyi oleh Wesley Meow, menelusuri pengalaman simfoni teh melalui bunyi, ritma, gerak tubuh dan hubungan sesama manusia, diinspirasikan oleh video ‘Autonomous Sensory Meridian Response (ASMR)’.

Karya ini mencerminkan seni kolaboratif Neo yang berasaskan fotografi, video, dan karya partisipatif, dengan fokus terhadap konsep hospitaliti radikal dan penjagaan.

Sepanjang pameran ini, pengunjung akan menemui struktrur arca yang diinspirasikan daripada daun teh, landskap bunyi immersif, pengalaman beraroma, serta eksplorasi sentuhan terhadap alat-alat pembuatan teh. Interaksi ini terus membentuk tatacara semasa dan ekspresi kreatif.

Peralatan teh bersejarah dalam bentuk replika 3D, bersama cawan CHAGEE kontemporari dan ruang komuniti yang diinspirasikan oleh alam menarik minat pengunjung untuk berhenti seketika, berkongsi pengalaman, dan merenung.

Kesemua elemen ini bersama-sama mencerminkan ritual sosial yang telah lama wujud dalam budaya teh, menjadikannya bukan sekadar artifak budaya, tetapi tatacara hidup yang terus menyatukan manusia hingga hari ini.

Pengalaman ‘Pop-up’ Eksklusif di Sungai Singapura

Pengalaman pameran ini akan diperluaskan melalui ‘pop-up’ CHAGEE di sepanjang Sungai Singapura, yang akan menampilkan pelbagai pilihan minuman, serta produk eksklusif yang sebelum ini hanya boleh diperoleh di China.

Muzium ‘pop-up’ CHAGEE juga akan menampilkan pelancaran eksklusif dua loket mewah CHAGEE yang direka khas, termasuk varian biru muda edisi terhad yang hanya ditawarkan kepada pemegang tiket pameran. Varian coklat muda pula akan ditawarkan kepada semua pelanggan ‘walk-in’.

Kedua-dua cenderahati ini menggabungkan imej kuda sebagai penghormatan kepada laluan teh silam di mana teh diperdagangkan merentasi sempadan menggunakan kuda, dengan tugu Merlion Singapura yang ikonik, meraikan asal-usul sejarah negara sebagai Bandar Singa, sekali gus mewujudkan jambatan antara warisan teh dan identiti budaya Singapura.

‘Garden of Senses: A Tea Reverie’ dibentangkan sebagai sebahagian daripada tiket ‘All Access’ pada Muzium Tamadun Asia, berharga S$25 untuk pelancong dan S$12 untuk rakyat Singapura dan PR. Tiket ‘All Access’ memberikan pengunjung akses ke semua pameran di muzium pada hari lawatan mereka.

Tiket dan maklumat lanjut boleh didapati di https://www.nhb.gov.sg/acm/whats-on/exhibitions/garden-of-senses, serta melalui Trip.com, platform penjualan tiket Online Travel Agency (OTA) eksklusif untuk pameran ini.