Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?

36 Ekor Kerbau Mati Dan 10 Ekor Lagi Sedang Nazak, Ayah “Mowgli Malaysia” Rugi Lebih RM200,000

Edayu

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – “Seekor demi seekor kerbau tumbang. Kini telah 36 ekor mati dan masih ada 10 ekor lagi sedang nazak.”

Demikian luahan Khamis Jusoh, 64, iaitu bapa kepada Muhammad Syukur yang terkenal dengan jolokan ‘Kampong Boy’ atau ‘Mowgli Malaysia’ berikutan tular kejadian sejumlah kerbau peliharaan mereka didapati mati sejak Rabu lepas dipercayai akibat hawar berdarah.

Beliau berkata semalam sahaja sebanyak 11 ekor telah mati dan hari ini juga dengan jumlah yang sama hinggakan beliau sendiri berasa bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Khamis berkata sehingga kini kerugian yang dialami melebihi RM200,000 dan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telahpun mengambil sampel untuk mendapatkan pengesahan punca kematian.

“Punca sebenar kematian hanya akan diketahui selepas dua minggu setelah sampel yang diambil dihantar untuk ujian makmal. JPV nasihatkan kami untuk mengasingkan kerbau yang sihat agar tidak terjangkit,” katanya ketika ditemui pemberita di kandang kerbau Kampung Kubang Bujuk, di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada terdapat kemungkinan perbuatan khianat dari mana-mana pihak, Khamis berkata beliau menyerahkan perkara itu untuk siasatan polis.

Sementara itu, Muhammad Syukur, 15, berkata beliau dan keluarga tetap reda dengan ujian tersebut, malah mereka akan lebih berwaspada bagi memastikan kesihatan haiwan ternakan.

Remaja yang sering menjadi pilihan lensa kamera kerana mampu beraksi dengan haiwan itu berkata ia adalah kejadian pertama yang dialami mereka sekeluarga sejak mula menternak kerbau, 50 tahun lalu.

Muhammad Syukur berkata fokus mereka ketika ini ialah mahu menyelamatkan nyawa kerbau yang masih ada dan sekurang-kurangnya beliau masih mampu tersenyum kerana kerbau kesayangan yang diberi nama ‘Semek’ tidak dijangkiti sepertimana yang lain.

“Semuanya Allah punya, kami reda dengan ujian kematian 36 kerbau ini. Namun memang sedih kerana biasanya jumlah yang mati tidak begitu banyak secara serentak.

Antara simptom yang disedari berlaku pada kerbau yang sakit ialah hidung berair, tidak aktif dan najis berdarah. Sekarang pun ada beberapa ekor yang kita syaki sedang sakit, minta doa semua agar urusan keluarga kami dipermudahkan Allah,” katanya.

Ketika tinjauan Bernama di lokasi, didapati proses menanam bangkai haiwan berkenaan berjalan dalam tempoh beberapa jam sahaja dengan menggunakan pengorek kaut.

Muhammad Syukur mula terkenal apabila gambarnya bersama lebih 100 ekor kerbau menjadi tular di media sosial hingga menjadi juara peringkat Asia selain turut tersenarai 20 gambar terbaik dunia.

Suasana di kandang kerbau itu hari ini kelihatan agak berbeza daripada sebelumnya, apatah lagi jumlah yang kebiasaannya melebihi 100 ekor kini semakin berkurangan. Haiwan ternakan lain seperti kambing dan lembu tidak terjejas kerana dipelihara di kawasan lain.

— BERNAMA