Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
hukum jilat jari
Gambar: migrationology.com

Apa Hukum Kunyah 40 Kali, Jilat Jari Selepas Makan? Ini Penjelasan Mufti

Iqbal Yasir

Apa Hukum Kunyah 40 Kali, Jilat Jari Selepas Makan? Ini Penjelasan Mufti

Setiap individu memerlukan makanan untuk mendapatkan tenaga bagi melakukan rutin seharian.

Kebiasaannya, rutin makanan yang diperlukan oleh badan adalah lima kali sehari, iaitu bermula dengan sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan ‘supper’.

Setiap kali menjamu selera, ada dalam kalangan kita lebih selesa dan gemar menggunakan tangan untuk makan.

Sebagai, umat Islam, kita juga digalakkan untuk makan menggunakan tangan berbanding menggunakan sudu dan garpu.

Namun, timbul persoalan mengenai cara pemakanan iaitu hukum mengunyah sebanyak 40 kali dan menjilat jari selepas selesai makan dari segi Islam.

Sehubungan itu, tanpa membuang masa, mari kita ikuti kupasan menarik oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di bawah mengenai topik ini. Semoga bermanfaat.

BACA: Siap Ada Meja Sendiri, Kucing Dibawa “Fine Dining” Tengok Menu Pun Rasa Mewah

Apa Hukum Kunyah 40 Kali Dan Menjilat Jari Selepas Makan? Ini Penjelasan Mufti

Gambar: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Soalan: Apakah benar dakwaan sunnah menguyah sebanyak 40 kali sebelum menelan?

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berkaitan soalan di atas, kami menjawabnya berdasarkan apa yang telah dijawab oleh Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam fatwanya kerana beliau pernah ditanya soalan yang hampir sama iaitu adakah benar Nabi SAW memerintahkan untuk mengecilkan makanan serta menghancurkannya (di dalam mulut sebelum ditelan) ketika makan.

Imam al-Nawawi menjawab persoalan di atas dengan menyatakan:

BACA: Dr Zulkifli Jelaskan Hukum Cari Jalan Jauh Untuk Lakukan Solat Qasar

“Tidak ada langsung hadith yang sahih dalam perkara ini. Akan tetapi, ia adalah satu perkara yang baik kerana itu lebih sesuai (sopan) ketika makan bersama orang lain dan ia juga bertujuan untuk mengajar, ataupun boleh jadi makanan itu sukar untuk dikunyah disebabkan dia seorang yang dhaif (lemah) ataupun disebabkan seseorang itu sudah kenyang dan dikhuatiri jika dia mengangkat tangannya (berhenti daripada makan) akan menyebabkan orang lain yang sedangkan makan akan turut sama berhenti sedangkan mereka itu masih berhajat kepada makanan tersebut (lapar) atau seumpama dengannya yang melibatkan tujuan-tujuan yang baik.”

Adapun berkaitan menjilat jari selepas daripada makan ada dinyatakan di dalam hadith yang sahih. Antaranya:

  • Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَمْسَحْ يَدَهُ حَتَّى يَلْعَقَهَا أَوْ يُلْعِقَهَا

Maksudnya: “Apabila salah seorang daripada kamu makan, maka janganlah dia menyapu tangannya melainkan setelah dia menjilatnya atau dijilatnya.”

Makna hadith ini adalah larangan seseorang itu menyapu (membersihkan) tangannya sehinggalah dia menjilatnya terlebih dahulu. Sekiranya dia tidak melakukan hal sedemikian, maka (janganlah dia membersihkan tangannya) hendaklah orang lain yang menjilatnya yang mana mereka itu tidak berasa geli atau kotor (dengan perbuatan tersebut) seperti isteri, hamba, anak dan khadam yang kasih kepadanya dan seronok dengan perbuatan tersebut tanpa berasa geli atau kotor.

Antara hikmah dituntut untuk menjilat jari selepas daripada makan sebagaimana dinyatakan oleh Imam Badr al-Din al-‘Aini pernah menyebutkan di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَلْعَقْ أَصَابِعَهُ، فَإِنَّهُ لَا يَدْرِي فِي أَيَّتِهِنَّ الْبَرَكَةُ

Maksudnya: “Apabila salah seorang daripada kamu makan maka jilatlah jari-jarinya kerana sesungguhnya dia tidak tahu di manakah tempat yang mempunyai keberkatan.”

BACA JUGA: Apakah Hukum Menyertai Himpunan Demonstrasi? Ini Penjelasan Mufti WP

Selain itu juga, beliau menyatakan lagi cara menjilat jari adalah bermula dengan jari tengah, kemudian telunjuk dan seterusnya ibu jari. Ini berdasarkan perbuatan Nabi SAW sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Thabarani:

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْكُلُ بِأَصَابِعِهِ الثَّلَاثِ: بِالْإِبْهَامِ، وَالَّتِي تَلِيهَا، وَالْوُسْطَى، ثُمَّ رَأَيْتُهُ يَلْعَقُ أَصَابِعَهُ الثَّلَاثَ قَبْلَ أَنْ يَمْسَحَهَا، وَيَلْعَقُ الْوُسْطَى، ثُمَّ الَّتِي تَلِيهَا، ثُمَّ الْإِبْهَامَ

Maksudnya: “Aku telah melihat Rasulullah SAW makan dengan menggunakan tiga jari iaitu ibu jari, telunjuk dan jari tengah. Kemudian, aku juga telah melihatnya menjilat tiga jarinya sebelum menyapunya (membersihkannya). Baginda SAW menjilat jari tengah, kemudian selepas daripada itu (jari telunjuk) dan juga ibu jari.

Penutup

Kesimpulannya, sekali lagi kami nyatakan bahawa menguyah sebanyak 40 kali sebelum ditelan tidak mempunyai sandaran yang sahih daripada agama ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi di dalam fatwanya. Akan tetapi, hal tersebut adalah baik jika tujuannya adalah untuk perkara-perkara yang baik sepertimana yang kami jelaskan di atas.

Tambahan pula, menjilat jari selepas daripada makan adalah sunnah kerana terdapat hadith yang sahih menceritakan akan hal tersebut. Akhirnya, semoga dengan pencerahan yang ringkas ini dapat memberi sedikit kefahaman dan manfaat kepada kita terutamanya di dalam agama serta melayakkan kita untuk mendapatkan syurga Allah SWT yang kekal abadi di akhirat kelak. Amin.

Gambar: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Wallahua’lam

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan