Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
naik penerbangan jauh
Kredit: ImageFX

Doktor Dedah Apa Yang Berlaku Pada Badan Kita Apabila Naik Penerbangan Jauh

Azzwin

Doktor Dedah Apa Yang Berlaku Pada Badan Kita Apabila Naik Penerbangan Jauh

Bagi sesetengah orang, duduk berjam-jam dalam pesawat bukanlah perkara asing, terutamanya bagi mereka yang kerap melancong atau bekerja di luar negara.

Walaupun ramai yang hanya menumpukan perhatian pada destinasi dan masa ketibaan, jarang sekali kita benar-benar memikirkan apa yang berlaku pada tubuh sepanjang berada di udara.

Justeru, hari ini SK ingin kongsikan apa yang terjadi pada tubuh apabila duduk dalam pesawat untuk tempoh yang lama, menurut The Healthy.

Bagaimana penerbangan jarak jauh memberi kesan kepada tubuh?

Dalam portal The Healthy, seorang profesor di Jabatan Kesihatan Populasi di Dell Medical School, UT Ausin, Dr. MacClements menjelaskan faktor altitud sememangnya mempengaruhi tubuh manusia.

Namun, beliau yang juga pemeriksa perubatan penerbangan dan juruterbang persendirian terlatih menjelaskan bahawa keadaan dalam kabin pesawat sebenarnya tidak banyak berbeza, sama ada anda terbang beberapa jam atau sehingga 16 jam.

Kebanyakan pesawat komersial terbang pada ketinggian antara 30,000 hinga 40,000 kaki, namun ruang udara dalam kabin ditekan supaya setara dengan ketinggian sekitar 8,000 kaki.

Jadi, bagaimana tubuh anda bertindak balas ketika berada dalam pesawat bergantung kepada tahap keselesaan anda apabila beradi di altitud tinggi, serta tempoh penerbangan yang anda lalui.

Anda mudah mengalami dehidrasi

Menurut Dr. MacClements lagi, pesawat sentiasa menukar udara dalam kabin jadi disebabkan altitud tinggi, kelembapan udara menjadi sangat rendah.

The Healthy melaporkan udara yang kering inilah yang membuatkan penumpang rasa cepat kering tekak, bibir, dan kulit.

Walaupun dehidrasi ringan, ia boleh menyebabkan sakit kepala, rasa pening dan cepat letih kerana kurangnya aliran darah yang optimum.

Sebab itu, beliau menyarankan supaya elakkan minum alkohol, kopi ataupun minuman berkafein semasa penerbangan.

“Minuman seperti itu buat badan lebih kering, dan akhirnya anda rasa lebih tidak selesa,” jelasnya.

Kulit boleh jadi lebih sensitif

Seorang pakar dermatologi bertauliah di UnionDerm, Dr. Pooja Rambhia turut menjelaskan bahawa penerbangan panjang boleh memberi beberapa kesan negatif kepada kulit.

Udara dalam pesawat yang sangat kering menyebabkan kulit hilang kelembapan dan menjejaskan lapisan pelindung semula jadinya.

Bila lapisan ini terganggu, kulit akan menjadi lebih sensitif dan boleh menyebabkan ekzema, rosacea atau jerawat boleh menjadi lebih teruk.

Beliau menambah bahawa duduk terlalu lama dan tidur tidak teratur ketika dalam pesawat juga boleh buat kulit nampak kusam kerana kurang aliran darah dan proses pembaharuan sel menjadi perlahan.

Selain itu, penumpang terutamanya yang duduk di tepi tingkap boleh terdedah kepada sinar UV yang lebih kuat berbanding di darat.

Untuk mengurangkan iritasi kulit, beliau menyarankan untuk menggunakan serum pelembap yang mengandungi bahan seperti hyaluronic acid untuk mengunci kelembapan, sapu krim pelembap yang lebih tebal, dan pakai sunscreen broad-spectrum.

Anda mungkin mengalami masalah dalam perut

Dalam portal The Healthy, Dr. MacClements menjelaskan bahawa usus manusia mempunyai sangat banyak saraf, jadi sebarang perubahan rutin harian atau gangguan perjalanan boleh menyebabkan sistem penghadaman menjadi sensitif atau “terkejut”.

Menurut seorang pakar diet dan penyelidik di UCLA, Dana Ellis Hunnes, keadaan ini dipanggil ketidakaturan sistem gastrointestinal, atau lebih mudah difahami sebagai ‘jet lag’ pada sistem penghadaman.

Penerbangan yang panjang biasanya mempunyai udara yang sangat kering. Bila duduk dalam pesawat selama 10 hingga 16 jam tanpa sedar, anda sebenarnya semakin kering, najis boleh menjadi keras dan menyebabkan sembelit.

Beliau turut menjelaskan bahawa makanan dalam pesawat selalunya lebih kering, sedikit, dan tidak tinggi serat, jadi ia mungkin tidak sesuai dengan kebiasaan pemakanan anda.

Gabungan semua faktor ini boleh membuatkan perut rasa tidak selesa, kembung atau susah membuang.

Kaki boleh membengkak

Menurut seorang doktor dari Tufts Medical Center, Dr. Shane Davis, salah satu masalah utama ketika penerbangan jarak jauh ialah duduk terlalu lama.

Bila kaki tidak bergerak untuk tempoh yang panjang, cecair boleh berkumpul di bahagian bawah kaki, menyebabkan ia membengkak.

Untuk kebanyakan orang, bengkak ini tidak berbahaya dan akan hilang sendiri, cuma rasa tidak selesa.

Bagaimanapun terdapat juga risiko yang lebih serius, terutama bagi mereka yang mempunyai masalah jantung atau peredaran darah.

Bengkak yang berpanjangan boleh meningkatkan risiko deep vein thrombosis (DVT), iaitu pembekuan darah dalam salur darah kaki. Ini boleh menyebabkan kesakitan, bengkak, kemerahan, dan dalam kes tertentu, sesak nafas jika darah beku bergerak ke paru-paru.

Dr. MacClements turut menyatakan bahawa kajian menunjukkan sehingga 1 daripada 10 orang berisiko mengalami pembekuan darah jika berada dalam penerbangan panjang dan kurang bergerak.

BACA: Kajian Dedah Bunyi ‘Ini’ Lebih Berkesan Dari White Noise Untuk Tidur Lena

Sumber: The Healthy