Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
guru dipenjara rotan kanak-kanak
Kredit: Bernama

GISBH: Guru Dipenjara 10 Tahun Rotan Kanak-Kanak Lelaki, Tekan Dada Guna Lutut

Azizah Najib

GISBH: Guru Dipenjara 10 Tahun Rotan Kanak-Kanak Lelaki, Tekan Dada Guna Lutut

KLANG, 26 Sept (Bernama) — Seorang guru agama dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menganiaya tiga kanak-kanak lelaki dengan merotan dan menekan dada mangsa menggunakan lututnya di dua sekolah yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Hakim Noridah Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, 23, selepas dia mengaku bersalah atas keempat-empat pertuduhan terbabit.

“Saya mengaku bersalah puan,” kata tertuduh sambil menundukkan kepala ketika ditanya jurubahasa mahkamah berhubung pengakuannya.

BACA: Kanak-kanak & Bayi Hanyut Dibawa Arus Disahkan Adik-Beradik

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi pertuduhan pertama dan kedua manakala penjara tiga tahun bagi pertuduhan ketiga dan keempat serta memerintahkan hukuman penjara itu berjalan secara berasingan menjadikan kesemuanya berjumlah 10 tahun.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dikenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM10,000 dan sekiranya gagal mamatuhi bon, boleh dipenjara enam bulan.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh yang juga warden sekolah berkenaan didakwa sebagai seseorang mempunyai pemeliharaan terhadap dua kanak-kanak lelaki berumur 11 dan 10 tahun menganiaya kedua-dua mangsa dengan merotan mereka yang mungkin akan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan itu dilakukan di dua lokasi iaitu di sebuah premis dan sekolah rendah agama di Bandar Bukit Raja di sini sekitar Julai lepas pada waktu pagi dan petang, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Seksyen itu juga memperuntukkan hukuman tambahan iaitu orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen itu menyempurnakan suatu bon dengan penjamin untuk berkelakuan baik selama tempoh difikirkan patut oleh mahkamah berserta apa-apa syarat, dan jika syarat bon tidak dipatuhi, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Lelaki terbabit turut berdepan dua pertuduhan sama iaitu sebagai seorang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang lagi kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun, telah menganiayai mangsa dengan cara menekan dada kanak-kanak itu menggunakan lututnya dan merotan mangsa yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan itu dilakukan di sekolah agama sama pada waktu pagi dan malam antara Jun hingga September lepas dan dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman serupa.

BACA: GISB: Anwar Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Datin Kalmizah Salleh memohon hukuman berat supaya memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat umum agar tidak melakukan kesalahan sama.

“Perbuatan tertuduh tidak mempunyai sifat kemanusiaan kepada mangsa-mangsa. Tertuduh telah melakukan kesalahan yang mempunyai elemen kekerasan menunjukkan hukuman yang diberikan kepada tertuduh tidak boleh dipandang ringan.

“Selain itu, perlu diambil kira hubungan tertuduh dengan kanak-kanak itu yang merupakan penjaga premis di asrama tempat mangsa-mangsa bersekolah,” katanya.

Menurut Kalmizah, tertuduh sepatutnya menjaga dan melindungi mangsa dengan penuh tanggungjawab kerana kanak-kanak itu masih bersekolah dan kehidupan mereka masih jauh.

“Akibat kelakuan tertuduh, mangsa mengalami trauma untuk meneruskan pengajian di mana-mana sekolah. Oleh itu, pihak pendakwaan memohon supaya hukuman terhadap tertuduh berjalan berasingan,” kata Kalmizah yang turut mengendalikan kes bersama TPR Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia telah insaf dan menanggung ibu bapanya serta dia masih belum berkahwin.

“Saya benar-benar insaf dan berazam tidak mengulangi kesalahan ini. Kalau boleh, mohon ringankan hukuman,” katanya.

Pada 16 Sept lepas, polis memulakan siasatan selepas tular rakaman video yang memaparkan kanak-kanak lelaki dilihat mengerang kesakitan dipercayai akibat dada dan lehernya ditekan oleh suspek menggunakan lutut.

Polis yang melaksanakan Op Global sejak 11 Sept menyelamatkan 572 kanak-kanak dan remaja yang disyaki mangsa eksploitasi syarikat itu.

Sumber: Bernama

BACA: Warga Emas Cedera Ditetak Anak Kandung