Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
hukum kahwin dengan sepupu
Gambar hiasan

Hukum Kahwin Dengan Sepupu, Dibenarkan Atau Tidak? Ini Jawapan Mufti

Faiz Mustafa

Apakah hukum kahwin dengan sepupu? Adakah sebenarnya ia dibenarkan dalam syarak? Atau ada hukum lain yang perlu diperhalusi?

Baru-baru ini, terdapat satu laporan yang berlaku di luar negara berkaitan hubungan sumbang mahram sesama ahli keluarga hingga melahirkan zuriat dan hal tersebut diteruskan hingga terbahagi kepada beberapa generasi.

Bermula dari sang ayah yang melakukan hubungan terlarang bersama anak perempuannya hingga melahirkan 13 orang anak. Dia juga melakukan hal yang sama kepada anak perempuannya yang lain dan juga seorang cucunya.

Ekoran dari perbuatan tersebut, anak-anak yang dilahirkan daripada hubungan itu tidak sempurna dengan mengalami pelbagai masalah genetik seperti cacat, bodoh, sukar bertutur, buta huruf, muka pelik dan banyak lagi.

Mengejutkan lagi, ada juga antara mereka yang tidur bersebelahan baldi yang dipenuhi dengan najis dan air kencing. Selain itu, mereka juga tidak tahu untuk menggunakan tisu tandas.

Daripada kisah ini, jelaslah mengapa agama menghalang dan mengharamkan hubungan sumbang mahram atau berkahwin sesama ahli keluarga sendiri kerana kesan buruk utamanya adalah pada genetik.

BACA JUGA: Sumbang Mahram Sesama Sendiri, Keluarga ‘Pelik’ Ini Alami Muka Cacat, Masalah Bercakap & Genetik Rosak

Namun, bagaimana pula dengan perkahwinan antara sepupu dari sudut padang agama Islam, adakah dibenarkan atau seeloknya dielakkan? Adakah ia juga boleh beri kesan terhadap genetik?

Menjawab persoalan ini, kami sertakan perkongsian yang dipetik daripada laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagi menjelaskan isu ini dengan lebih terperinci dan mudah difahami.

Ikuti perkongsian di bawah, semoga ada sedikit manfaat yang akan dierolehi dari perkongsian ilmu ini.

Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-617: Hukum Perkahwinan Sepupu

Gambar: Pejabat Mufti WP

SOALAN

Saya ingin bertanya, apa hukum kalau seseorang mengahwini anak kepada kazen sendiri, contoh Si A dan Si B ini kazen sama nenek, dan si B ini ingin kahwin dengan Anak si A ini. Mohon penjelasan. Kerana ada saudara yang bertanya takut salah dalam agama. Terima kasih.

RINGKASAN JAWAPAN

Perkahwinan di antara sepupu adalah harus di sisi syarak. Kerana sepupu tidak termasuk di kalangan mahram (haram bernikah). Namun, syarak menggalakkan supaya bernikah dengan wanita asing (selain kerabat) kerana zuriat dan keturunan yang dilahirkan lebih sihat dan kuat.

HURAIAN JAWAPAN

Alhamdulillah pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Saudara sepupu merupakan kaum keluarga yang tidak termasuk dalam kategori mahram. Oleh kerana itu Allah SWT menghalalkan perkahwinan di antara mereka. Hal ini dinyatakan dalam firman Allah SWT:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ إِنَّآ أَحۡلَلۡنَا لَكَ أَزۡوَٰجَكَ ٱلَّٰتِيٓ ءَاتَيۡتَ أُجُورَهُنَّ وَمَا مَلَكَتۡ يَمِينُكَ مِمَّآ أَفَآءَ ٱللَّهُ عَلَيۡكَ وَبَنَاتِ عَمِّكَ وَبَنَاتِ عَمَّٰتِكَ وَبَنَاتِ خَالِكَ وَبَنَاتِ خَٰلَٰتِكَ ٱلَّٰتِي هَاجَرۡنَ مَعَكَ

Maksudnya: “Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isteri-isterimu yang engkau berikan maskahwinnya, dan hamba-hamba perempuan yang engkau miliki dari apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang; dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu.”

Surah al-Ahzab (50)

Tambahan pula, Syeikh Zainuddin menukilkan bahawa perkahwinan di antara saudara sepupu adalah diharuskan oleh syarak:

‌فيحرم ‌به آخر لآية: {حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ} نساء قرابة غير ما دخل في ولد عمومة وخؤولة

Maksudnya: “Haram berkahwin sebagaimana akhir bagi ayat (Diharam atas kamu menikahi) dengan wanita-wanita kerabat selain daripada yang berada dalam darjat saudara sepupu dari sebelah ayah dan sebelah ibu.”

(Rujuk: Fath al-Mu’in, hlm 455)

Selain itu, Dr. Wahbah al-Zuhaili juga menyatakan bahawa tidak haram perkahwinan dikalangan saudara sepupu. Ini adalah berdasarkan firman Allah SWT:

وَأُحِلَّ لَكُم مَّا وَرَآءَ ذَٰلِكُمۡ

Maksudnya: “….Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu.”

Surah an-Nisa’ (24)

Bahkan juga, Dr. Wahbah al-Zuhaili menyebut bahawa meskipun perkahwinan di antara sepupu diharuskan, namun ianya tidak digalakkan. Ini kerana, hasil dari perkahwinan antara saudara sepupu, boleh memberi kesan terhadap kesihatan anak-anak yang bakal dilahirkan seperti kecacatan dan lemah tubuh badan.

(Rujuk: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 9/ 6626-6627)

Kesimpulannya, keterangan di atas jelas menunjukkan bahawa perkahwinan di antara saudara sepupu adalah diharuskan oleh syarak. Namun, syarak menggalakkan berkahwin dengan wanita asing atau selain kerabatnya, dengan ini zuriat yang lahir dari mereka lebih kuat dari sudut kesihatan, keturunan dan seterusnya hubungan persaudaraan lebih terjamin dengan baik.

Justeru diingatkan bahawa matlamat perkahwinan merupakan perkara yang perlu diutamakan, agar sesuatu hubungan perkahwinan itu mencapai keredaan Allah SWT. والله أعلم

Sumber: Mufti WP