Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Ekstremisme Pekerja Asing
Gambar: BERNAMA

JAKIM, KDN Perangi Ekstremisme Dalam Kalangan Pekerja Asing – Mohd Na’im

Hannah

JAKIM, KDN Perangi Ekstremisme Dalam Kalangan Pekerja Asing – Mohd Na’im

KOTA BHARU, 4 Julai (Bernama) — Agensi-agensi agama termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan terus bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam usaha membendung penyebaran ideologi ekstremisme dan radikalisme dalam kalangan pekerja asing di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata walaupun isu ideologi radikal ini tidak semestinya dianuti oleh pekerja asing secara menyeluruh, usaha mengekang pengaruh berkenaan tetap diperkasakan.

“Isu IS (Islamic State) ini melibatkan ekstremisme, radikalisme dan saya telah buat beberapa kenyataan sebelum ini. Walaupun tidak semestinya melibatkan pekerja-pekerja asing, tetapi secara umumnya kita nyatakan bahawa peranan agensi-agensi agama, khususnya JAKIM penting untuk mengekang ideologi ekstremisme ini,” katanya selepas menghadiri Program Rai Ummah di sini malam ini.

Mohd Na’im berkata kerajaan mengamalkan prinsip wasatiyyah (kesederhanaan) dan menolak sebarang bentuk ajaran melampau yang bertentangan dengan ajaran Islam.

“Kita menentang sebarang ideologi yang mengajak kepada perbuatan-perbuatan melampau yang tidak diajar dalam Islam,” katanya.

Mohd Na’im menegaskan pihaknya telah mengarahkan JAKIM dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk memperhebat usaha menangani pengaruh itu, khususnya melibatkan pekerja-pekerja asing yang terpengaruh dengan ideologi berkenaan.

“Insya-Allah, kerjasama berterusan akan diadakan antara agensi agama seperti JAKIM dan YADIM bersama KDN untuk mengekang ideologi ini dalam kalangan pekerja asing,” katanya.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail hari ini dilaporkan berkata Gerakan Militan Radikal Bangladesh (GMRB) yang berjaya ditumpaskan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini dipercayai terlibat dalam kegiatan pengumpulan dana dan merekrut ahli bagi menyokong kumpulan pengganas IS di Syria dan Bangladesh.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kumpulan itu mengutip dana melalui yuran keahlian tahunan sebanyak RM500 seorang serta menerima sumbangan tambahan bergantung kepada kemampuan ahli.

Beliau berkata keahlian kumpulan itu dianggarkan antara 100 hingga 150 individu, terdiri daripada warga Bangladesh yang bekerja dalam sektor buruh seperti kilang, pembinaan dan stesen minyak di negara ini.

Pada 27 Jun lepas, PDRM menumpaskan satu rangkaian militan warga asing dengan penahanan 36 warga Bangladesh yang disyaki terlibat secara langsung dalam gerakan militan radikal berpaksikan fahaman ekstremis dan ideologi keganasan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilapor berkata penahanan dilakukan menerusi tiga fasa operasi keselamatan terancang di sekitar Selangor dan Johor bermula 24 April lepas.

BACA: Apa Yang Berlaku Di Gaza Adalah Kegagalan Cetusan Hati Nurani – PM Anwar

Sumber: BERNAMA