Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
gencatan senjata kemboja thailand
Sumber: BERNAMA
Kemboja, Thailand Tandatangan Perjanjian Gencatan Senjata Bagi Tamatkan Konflik Sempadan Serta-merta

Hannah

Kemboja, Thailand Tandatangan Perjanjian Gencatan Senjata Bagi Tamatkan Konflik Sempadan Serta-merta

PHNOM PENH, 27 Dis (Bernama) — Kemboja dan Thailand bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta berkuat kuasa tengah hari (waktu tempatan) pada Sabtu, sekali gus menamatkan konflik yang kembali memuncak pada 7 Dis.

Menteri pertahanan kedua-dua negara menandatangani Kenyataan Bersama Mesyuarat Khas Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) Ketiga pada pagi Sabtu, iaitu hari ketiga mesyuarat berkenaan.

“Kedua-dua pihak bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta melibatkan semua jenis senjata, termasuk serangan terhadap orang awam, objek dan infrastruktur awam serta sasaran ketenteraan mana-mana pihak, dalam semua keadaan dan di semua kawasan.

“Kedua-dua pihak juga mesti mengelakkan sebarang tembakan tanpa provokasi, pergerakan atau kemaraan tentera ke arah kedudukan atau pasukan satu lagi. Perjanjian ini tidak boleh dilanggar dalam apa jua keadaan,” menurut kenyataan bersama itu.

Kenyataan sama disiarkan di laman Facebook Kementerian Penerangan Kemboja serta laman sesawang Kementerian Luar Thailand.

Kenyataan bersama itu ditandatangani Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Kemboja dan Pengerusi Bersama GBC Kemboja, Jeneral Tea Seiha, serta Menteri Pertahanan Thailand dan Pengerusi Bersama GBC Thailand, Jeneral (B) Nattaphon Narkphanit.

Mesyuarat diadakan di Prum, Wilayah Pailin, Kemboja dan di Ban Pak Kard, Wilayah Chanthaburi, Thailand (Pintu Masuk Antarabangsa).

Mesyuarat itu turut disaksikan Pasukan Pemerhati ASEAN (AOT).

Mesyuarat itu juga akan memperkukuh peranan AOT melalui rundingan bersama Pengerusi ASEAN serta AOT.

Kedua-dua negara turut bersetuju bahawa selaras dengan semangat “Deklarasi Bersama Kuala Lumpur” pada 26 Okt, seramai 18 anggota tentera Kemboja yang ditahan di Thailand akan dihantar pulang ke Kemboja selepas gencatan senjata dipatuhi sepenuhnya selama 72 jam.

Selain itu, kedua-dua pihak mencapai persetujuan mengenai beberapa isu penting termasuk memastikan keselamatan pasukan tinjauan bersama di lapangan, khususnya berkaitan ancaman periuk api.

Mereka juga bersetuju memudahkan kepulangan selamat orang awam yang tinggal di kawasan sempadan, serta membanteras penipuan dalam talian dan pemerdagangan manusia.

“Kenyataan ini mengulangi komitmen tegas untuk menahan diri daripada ancaman atau penggunaan kekerasan, menyelesaikan pertikaian secara aman serta menghormati sempadan antarabangsa dan undang-undang antarabangsa demi mempromosikan keamanan, keselamatan dan kestabilan,” menurut kenyataan itu.

Kedua-dua pihak turut menegaskan komitmen terhadap pelaksanaan berkesan pengaturan gencatan senjata bertarikh 28 Julai 2025, perjanjian GBC dan mesyuarat Suruhanjaya Sempadan Bersama, serta semua perjanjian sedia ada antara kedua-dua negara.

Kenyataan itu juga menekankan bahawa Kemboja dan Thailand akan mematuhi prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Piagam ASEAN dan Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara bagi mempromosikan keamanan dan kestabilan serantau.

Sumber: BERNAMA