Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
mayat bayi rumah jagaan
Kredit: AFP via Getty Images

Kisah Penemuan 796 Mayat Bayi Di Tapak Rumah Jagaan, Rahsia Gelap Selama Berdekad

Azizah Najib

Kisah Penemuan 796 Mayat Bayi Di Tapak Rumah Jagaan, Rahsia Gelap Selama Berdekad

Di sebalik keindahan Ireland yang terkenal dengan padang hijau dan desa yang tenang, wujud kisah lama yang jarang didedahkan. Dinding batu dan rumput segar di pekan kecil Tuam rupanya menyimpan sejarah yang meruntun jiwa.

Siapa sangka, kawasan berumput yang kelihatan biasa itu menyimpan salah satu tragedi paling tragis dalam sejarah institusi penjagaan wanita Ireland.

Terletak 220 kilometer dari Dublin, satu penemuan mengejutkan di Tuam membongkar kisah tragis ratusan bayi dan kanak-kanak. Tapak tersebut dahulunya merupakan rumah jagaan yang dikendalikan oleh biarawati Katolik dari tahun 1925 hingga 1961.

Sekilas pandang, ia cuma tapak lapang biasa tetapi di bawah tanahnya tersimpan rahsia yang meruntun hati.

Pembongkaran kisah misteri mayat bayi

Segalanya bermula apabila seorang sejarawan tempatan, Catherine Corless, menyelidik sejarah rumah tersebut. Pada tahun 2014, beliau membongkarkan bukti yang menunjukkan ratusan kanak-kanak mati di institusi berkenaan. Namun tiada satu pun yang mempunyai rekod pengebumian rasmi.

“Ada terlalu banyak bayi dan kanak-kanak dibuang begitu sahaja di sini.

“Tiada salib, tiada nama, tiada batu nisan. Hanya tangki kumbahan,” katanya.

Penyelidikan beliau akhirnya menemui sesuatu yang lebih menyeramkan iaitu penemuan sisa-sisa manusia di dalam sebuah tangki kumbahan lama. Tangki tersebut pernah ditemui pada tahun 1975, namun tiada siapa menyangka ia menjadi ‘kubur’ untuk 796 bayi dan kanak-kanak.

Apa yang sebenarnya berlaku?

Rumah tersebut dipercayai digunakan untuk ‘menyembunyikan’ wanita hamil luar nikah dari pandangan masyarakat. Selepas bersalin, anak-anak mereka diambil untuk dijadikan anak angkat. Malah, ada yang dipercayai dihantar ke luar negara secara haram. Ada juga yang mati kerana kebuluran, sakit atau diabaikan.

Siasatan rasmi kemudian membuktikan kadar kematian bayi sangat tinggi di rumah-rumah seperti Tuam dengan catatan sebanyak 9,000 kanak-kanak mati di seluruh Ireland.

Salah seorang waris, Anna Corrigan, 70 tahun, mendapati ibunya pernah melahirkan dua anak lelaki secara rahsia di rumah itu. Salah seorang anaknya digambarkan sebagai ‘seorang kanak-kanak yang kurus kering dan menyedihkan’ dalam satu laporan tahun 1947.

Kredit: AFP

Kedua-duanya mungkin dikebumikan di Tuam, menurut Corrigan, namun William juga mungkin telah diambil sebagai anak angkat secara haram ke luar negara. Perkara ini tidak dapat dipastikan berikutan kekurangan pengesahan rekod rasmi.

Proses gali semula dimulakan

Selepas bertahun-tahun berjuang, kerja penggalian secara rasmi dimulakan pada 2023. Satu pasukan khas dilantik untuk menggali semula tapak, mengesahkan DNA dan mengebumikan semula mayat-mayat yang ditemui.

Menyifatkan lokasi berkenaan sebagai lubang, bukan kubur buat bayi-bayi tersebut, Corrigan tidak menyangka akhirnya usaha mereka membuahkan hasil.

“Saya lega proses ini akhirnya bermula. Tapi walaupun hanya sebahagian dapat dikenalpasti, ia tetap takkan mampu menutup luka ini sepenuhnya,” ujarnya.

Menerusi laporan media terkini, proses penggalian akan diteruskan semula pada bulan hadapan. Tapak tersebut mula ditutup pada Isnin bagi membolehkan proses penggalian dimulakan.

Trivia yang mungkin anda tidak tahu

Rumah jagaan ini diruntuhkan pada 1972, tetapi tanahnya dibiarkan begitu sahaja selama 50 tahun. Lebih mengejutkan, penemuan tangki najis dengan mayat bayi hanya berlaku selepas usaha penyelidik persendirian, bukan kerajaan.

Setakat ini, rekod menunjukkan seramai 56,000 wanita tidak berkahwin dan 57,000 kanak-kanak melalui 18 sistem rumah jagaan seperti ini di Ireland selama lebih 76 tahun.

Sumber: news.com.au

BACA: Wanita Dakwa Bayi Meninggal Akibat Jangkitan Virus Berbahaya Selepas Dicium

BACA: Peluru Berpandu Hipersonik Sukar Dipintas, Ini Sebabnya