Terkini

Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa

Lebih Kurang 50 Maut Dalam Perjalanan & Dicampak Ke Laut, 269 PATI Berhimpit-Himpit Dalam Bot Minta Simpati Malaysia

Edayu

LANGKAWI, 29 Jun – Datang tanpa diundang dengan menaiki bot besar, ratusan pendatang tanpa izin menceroboh masuk perairan negara sambil merisikokan nyawa mereka di tengah lautan yang gelap-gelita.

Keadaan mereka yang daif berhimpit di dalam bot, digunakan sebagai umpan meraih simpati pihak berkuasa, malahan 269 pendatang tanpa izin yang membolosi perairan negara pada awal Jun lepas, tegar sengaja membocorkan dan merosakkan enjin bot, untuk mengelak daripada diusir pihak berkuasa.

Atas dasar kemanusiaan pihak berkuasa menyelamatkan mereka dan membawa bot besar mereka ke jeti berhampiran, sambil diibantu nelayan tempatan untuk menunda bot berkenaan.

Pelayaran berbulan-bulan itu, menyaksikan wanita dan kanak-kanak diletakkan di bahagian atas bot manakala lelaki diletakkan di bahagian bawah tempat enjin bot.

Kali pertama menjejakkan kaki ke atas bot haram itu, yang diletakkan di jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Bukit Malut, tidak dapat dibayangkan bagaimana mereka duduk berlutut sepanjang pelayaran, bagi membolehkan lebih ramai penumpang dimuatkan di dalam bot.

Tinjauan Bernama pada keadaan bot itu, begitu busuk kerana keadaan bot yang kotor dicampur dengan bau minyak diesel, manakala di satu ruangan kecil dijadikan dapur, kelihatan nasi yang sudah berulat mungkin tidak sempat dijamah apabila mereka berjaya ditahan pihak berkuasa.

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Pengarah Operasi APMM Kedah dan Perlis Kpt Zulinda Ramly berkata, penahanan 269 pendatang tanpa izin berkenaan ada diantara mereka hidup dan mati ketika dalam pelayaran, apabila pasukan APMM menemui sekujur tubuh tidak bernyawa di dalam bot itu.

Beliau berkata, hasil siasatan awal pihaknya mendapati lebih 269 pendatang tanpa izin yang turut serta dalam pelayaran itu, tetapi jumlah selebihnya telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan dan dibuang ke laut.

“Lebih kurang 50 mayat telah dibuang dipercayai ke perairan antarabangsa, kerana telah meninggal dunia semasa dalam tempoh pelayaran, sebelum tiba di perairan Malaysia.

“Apabila mereka telah membuang mayat, jumlah selebihnya iaitu 269 pendatang tanpa izin meneruskan perjalanan ke perairan negara, sebelum 50 orang daripada mereka, terjun ke laut apabila menyedari kehadiran bot pihak berkuasa yang mengesan mereka berhampiran Teluk Nibong,” katanya kepada Bernama dalam liputan media ekslusif National Task Force, (NTF) di sini.

Mengulas lanjut Zulinda berkata, pihaknya bersama Pasukan Polis Marin (PPM) menyelamatkan 50 pendatang tanpa izin itu dan membawa mereka ke bot asal untuk pengusiran ke perairan antarabangsa, namun usaha itu gagal apabila mereka sengaja membocorkan dan merosakkan enjin bot.

“Akibat tindakan mereka APMM memeriksa keadaan bot mereka dan mendapati, separuh daripada generator pertama bot ditenggelami air lebih kurang paras dada.

“Oleh yang demikian, saya menghubungi Komander NTF untuk arahan lanjut menunda bot mereka untuk dibawa ke perairan cetek bagi kerja-kerja mengepam air keluar dari bot, namun tidak berjaya kerana air semakin banyak masuk,” katanya.

APMM kemudian meminta bantuan bot nelayan tempatan untuk menunda bot mereka ke perairan utara, iaitu berhampiran Pantai Pasir Tengkorak, di sini dan membawa bot mereka di jeti kilang simen dengan bantuan PPM.

Pada 8 Jun lepas, Bernama melaporkan seramai 269 warga Rohingya cuba menceroboh perairan Langkawi ditahan pihak berkuasa, yang turut menemukan mayat seorang wanita di atas bot yang dinaiki pendatang tanpa izin terbabit.

Zulinda berkata tahun ini sahaja, APMM telah menahan empat buat bot iaitu sebuah bot pada bulan Mac, dua bot pada April dan sebuah bot pada bulan Jun ini (terkini).

Sumber: Bernama

Iklan