Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: ImageFX

Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Bunuh Haiwan Yang Rosakkan Tanaman

Aina Munirah

Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Bunuh Haiwan Yang Rosakkan Tanaman

Tanaman merupakan sumber yang penting bagi kehidupan manusia kerana tanaman juga mampu membekalkan makanan, bahan mentah dan sekali gus mencantikkan alam sekitar.

Pelbagai jenis tanaman boleh ditanam di kawasan rumah, dari pokok bunga hiasan sehingga sayur-sayuran dan buah-buahan. Namun, jika tidak dijaga dengan baik, tanaman ini juga mungkin boleh rosak.

Biasanya, salah satu punca tanaman ini menjadi rosak adalah disebabkan oleh haiwan dan serangga perosak. Disebabkan itu, ada pula yang memilih untuk menghalau haiwan tersebut dengan kaedah meracun dan sebagainya.

Namun, apakah hukum membunuh haiwan yang merosakkan tanaman? Ikuti jawapan dari Mufti Wilayah Persekutuan di bawah ini.

Al-Kafi #2041: Hukum Membunuh Haiwan Yang Merosakkan Tanaman

Pada asasnya, Islam menegaskan prinsip larangan membunuh haiwan tanpa sebab yang dibenarkan syarak. Setiap makhluk hidup diciptakan oleh Allah SWT mempunyai fungsi dan peranan tertentu dalam ekosistem dan manusia sebagai khalifah tidak boleh sesuka hati untuk membunuh mana-mana haiwan tanpa sebab yang kukuh Rasulullah SAW telah memberi amaran terhadap perbuatan membunuh haiwan secara sia-sia. Baginda SAW bersabda:

من قتل عُصْفُورًا عَبثًا عن إلى الله عز وجل يوم القيامة يقُول: يا رب إن فلانا قتلني عبثًا وَلَمْ يقتلني المنفعة

Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh seekor burung kecil tanpa sebab, maka ia akan datang mengadu kepada Allah SWT pada hari kiamat dengan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya si fulan telah membunuhku dengan sia-sia, bukan kerana sebarang manfaat.”

(Riwayat al-Nasa’ie)

Hadis ini menegaskan bahawa nyawa haiwan juga berada dalam perlindungan syarak dan pembunuhan yang dilakukan tanpa maslahat adalah dosa yang akan dipersoalkan kelak di hadapan Allah SWT.

Di sisi mazhab Syafi’i hukum membunuh binatang yang tidak boleh dimakan adalah haram walaupun untuk tujuan meringankan. penderitaan bintang tersebut. Dalam hal ini Syeikh al-Syabramallisi menjelaskan:

يحرم ذبح الحيوان غير المأكول، ولو لإراحته كالحمار الزمن مثلا

Maksudnya: “Haram menyembelih haiwan yang tidak boleh dimakan dagingnya, walaupun dengan tujuan untuk meringankan penderitaannya, seperti keldai yang tua atau uzur.

Namun demikian, Islam memberikan kelonggaran sekiranya haiwan tersebut benar-benar membawa mudarat seperti merosakkan tanaman, harta benda atau mendatangkan bahaya kepada manusia. Dalam keadaan ini, pembunuhan dibenarkan dengan syarat ia dilakukan atas dasar darurat atau keperluan.

Di dalam nas, la disebut dengan istilah haiwan fasiq iaitu haiwan perosak yang boleh membawa mudarat dan bahaya kepada manusia. Ini sepertimana dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah RA, Nabi SAW bersabda:

خَمْسٌ فَوَاسِقُ يُقْتَلْنَ فِي الْحَرَمِ الْفَأْرَةُ وَالْعَقْرَبُ وَالْحُدَيَّا وَالْغُرَابُ وَالْكَلْبُ الْعَقُورُ

Maksudnya: “Lima haiwan fasiq dan boleh dibunuh di tanah haram iaitu: tikus, kala jengking, burung helang, burung gagak, dan anjing gila atau ganas.”

(Riwayat al-Bukhari)

Menurut Syeikh Ibn Daqiq al-‘Id, Islam membenarkan membunuh haiwan yang berbahaya dan merosakkan, bukan terhad kepada lima jenis yang disebut dalam hadis, tetapi meliputi semua yang mendatangkan mudarat, Pengecualian ini selaras dengan prinsip syariat yang menolak kemudaratan, sebagaimana kaedah fiqh yang masyhur menyebut:

الضَّرَرُ يُزَالُ

Maksudnya: “Kemudaratan itu mestilah dihilangkan.”

BACA: Mufti Selangor Perjelas Hukum Jual Beli “Blind Box”

Namun, dalam melaksanakan tindakan terhadap haiwan-haiwan yang dianggap memudaratkan, hendaklah ia dilakukan dengan penuh hikmah serta berlandaskan panduan syarak. Justeru, setiap langkah yang diambil mestilah mematuhi beberapa garis panduan yang telah ditelapkan, agar tidak bercanggah dengan prinsip ihsan dan rahmah yang menjadi teras ajaran Islam:

  • Tidak dibenarkan membunuh anjing liar atau haiwan lain kecuali jika terbukti ia benar-benar membahayakan keselamatan masyarakat atau mengancam nyawa dan harta benda.

  • Pembunuhan hanya boleh dilakukan apabila ia menjadi satu-satunya cara untuk menolak mudarat, selepas semua alternatif lain tidak lagi berkesan

  • Jika perlu dibunuh, mesti dilakukan dengan cara yang penuh belas ihsan tanpa menyeksa, selaras dengan hadis Nabi SAW: “Apabila kamu membunuh, maka bunuhlah dengan cara yang baik.”

Selain itu, perlu ditegaskan bahawa membunuh anjing liar atau haiwan yang mengganggu bukanlah cara terbaik untuk mengatasi mudarat yang dibawa olehnya. Sebaliknya, langkah yang lebih wajar ialah mengawal haiwan. tersebut dengan mengumpulkannya di kawasan khas atau pusat perlindungan.

Sejarah Islam juga menunjukkan umat terdahulu pernah mendirikan wakaf khusus untuk anjing liar, di mana hasil wakaf itu digunakan bagi memberi makan haiwan terbiar agar tidak kelaparan, sehingga ia mati secara semula jadi atau dipelihara oleh orang lain.

Pendekatan ini mencerminkan nilai rahmah (kasih sayang) Islam terhadap semua makhluk, serta pada masa yang sama menjaga keseimbangan alam sekitar, kerana pembunuhan berlebihan boleh mengganggu ekosistem.

BACA: Boleh Ke Makan “Edible Gold”? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

Kesimpulannya, pembunuhan binatang perosak tanaman dibolehkan jika dalam keadaan keperluan yang sangat mendesak dan tiada alternatif lain yang berkesan. Namun tindakan itu mesti dilaksanakan dengan penuh rahmah dan tanpa sebarang penyeksaan.

Pendekatan yang lebih baik dan berhemah adalah dengan mengumpulkan haiwan tersebut di pusat perlindungan dan dibiayai melalui dana wakaf seperti yang pernah belaku dalam Islam di samping dapat membantu mengekalkan keseimbangan ekologi.

Wallahu a’lam

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan