Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
peluru berpandu hipersonik
Kredit: STR/KCNA via KNS/AFP

Peluru Berpandu Hipersonik Sukar Dipintas, Ini Sebabnya

Azizah Najib

Peluru Berpandu Hipersonik Sukar Dipintas, Ini Sebabnya

Penafian: Artikel ini bertujuan untuk memberi pemahaman tentang teknologi peluru berpandu hipersonik, tanpa menyokong sebarang bentuk keganasan atau konflik.

Dunia persenjataan moden menyaksikan evolusi peluru berpandu yang semakin canggih sejak era peperangan zaman dahulu. Dari peluru berpandu balistik konvensional, teknologi kini beralih kepada sistem lebih pantas, lincah dan sukar dipintas.

Kemunculan peluru berpandu hipersonik menjadi bukti perubahan landskap peperangan masa hadapan. Ia bukan sahaja pantas, malah direka untuk mengenai sasaran dengan ketepatan tinggi dalam masa yang sangat singkat.

Peluru berpandu hipersonik bukan sahaja satu keajaiban kejuruteraan, tetapi juga membawa dimensi baharu dalam sistem pertahanan moden. Terdapat beberapa ciri utama peluru berpandu ini yang menjadikannya berbahaya dan sukar dipintas.

Ciri Utama Peluru Berpandu Hipersonik

Pertama, ia mampu terbang melebihi kelajuan Mach 5. Kedua, ia boleh menukar arah secara dinamik ketika berada di udara. Ketiga, ia terbang pada altitud rendah untuk mengelak dikesan radar sambil mengekalkan ketepatan tinggi terhadap sasaran.

Kebolehan peluru berpandu hipersonik untuk menempuh jarak yang sangat jauh menjadikannya ancaman taktikal jarak jauh yang serius. Dengan kelajuan luar biasa, ia boleh mencapai sasaran dalam masa singkat tanpa memberi masa kepada sistem pertahanan musuh untuk bertindak balas.

Setakat hari ini, peluru berpandu ini mempunyai tiga jenis. Berikut SK kongsikan jenis dan cara setiap peluru berpandu ini berfungsi.

Perbezaan Jenis dan Cara Peluru Berpandu Hipersonik Berfungsi

Setiap jenis peluru berpandu ini direka dengan teknologi berbeza mengikut fungsi dan kaedah pelancarannya. Perbezaan ini menentukan cara peluru berpandu itu mencapai kelajuan hipersonik dan menyerang sasaran dengan tepat.

Skramjet: Enjin pembakar udara berkelajuan tinggi

Enjin skramjet berfungsi dengan menyedut udara dari luar pada kelajuan tinggi. Udara ini penting untuk pembakaran bahan api pada kelajuan hipersonik. Kemudian, bahan api disuntik dan berperanan sebagai penyejuk kepada dinding enjin. Proses ini mengelakkan enjin daripada menjadi terlalu panas akibat geseran yang terlalu tinggi.

Fasa paling kritikal ialah pembakaran bahan api dan udara. Pada kelajuan melebihi 30,000 km/j, pembakaran mesti kekal stabil. Jurutera perlu menguasai aerodinamik, termodinamik dan aliran bendalir untuk memastikan kestabilan pembakaran bahan api dalam keadaan ekstrem.

Setelah itu, gas bertekanan tinggi daripada pembakaran akan dilepaskan melalui ekzos, menghasilkan tujahan sehingga melebihi Mach 5.

Kenderaan peluncur hipersonik: Serangan altitud rendah

Peluru berpandu kenderaan peluncur hipersonik berfungsi melalui dua tahap. Tahap pertama ialah pendorong balistik standard akan meluncurkan peluru ke altitud tertentu. Selepas itu, pendorong akan dipisahkan dan peluru berpandu mula terbang pada altitud rendah.

Ia direka untuk menyusuri permukaan bumi atau laut bagi mengelak dikesan radar malah mampu mengubah arah semasa penerbangan. Ia menjadikan sistem pertahanan musuh sukar menjangka laluan sebenar. Dengan kelajuan Mach 5, sistem ini mampu mengenai sasaran dalam lingkungan 2,500 kilometer dengan ketepatan tinggi.

Air launch rapid response: Peluru berpandu dari udara

Peluru jenis ini dilancarkan daripada pesawat pengebom yang berfungsi sebagai platform pelancar utama. Pesawat ini boleh membawa sehingga empat peluru berpandu pada setiap sayap. Setelah sasaran dikenal pasti, pesawat akan terbang kira-kira 4,800 kilometer ke arah sasaran. Peluru berpandu kemudian dijatuhkan dan pendorong diaktifkan beberapa saat kemudian.

Kemudian, penutup pelindung akan terbuka dan mendedahkan kenderaan peluncur. Tanpa kuasa enjin, kenderaan ini akan meluncur dengan kelajuan sehingga Mach 20. Ia boleh menjunam ke altitud rendah dan mengubah laluan sewaktu meluncur, sekaligus mengelak sistem pemintas. Peluru ini direka khas untuk menyerang sasaran berisiko tinggi seperti kapal induk.

Secara ringkas, peluru berpandu hipersonik bukan sekadar senjata pantas, tetapi lambang kemajuan teknologi pertahanan masa kini. Dengan reka bentuk kompleks dan kemampuan luar biasa, sistem ini terus mencabar keupayaan sistem pertahanan tradisional dunia.

Sumber: AiTelly

BACA: Doktor Haiwan Meninggal Dunia Selepas Rawat Kucing Dijangkiti Virus Bawaan Kutu

BACA: Kadang Sampai Tak Berkelip, Ini Rupanya Sebab Bayi Selalu Renung Kita