Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
hukuman mati pembunuhan sosilawati
Kredit: Bernama

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam Dan Pekerja Ladang Dikekalkan

Azizah Najib

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam Dan Pekerja Ladang Dikekalkan

PUTRAJAYA, 8 Okt (Bernama) — Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap bekas peguam dan pekerja ladangnya kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya 14 tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak permohonan dikemukakan oleh dua bekas pekerja ladang untuk menyemak hukuman mati mereka.

“Dalam menggunakan budi bicara kehakiman kami dan dengan mengambil kira fakta serta keadaan kes, kami menolak permohonan tersebut. Hukuman mati dikekalkan,” kata Tengku Maimun.

Sementara itu seorang lagi bekas pekerja ladang menarik balik permohonannya untuk menyemak hukuman mati yang kemudiannya diketepikan oleh panel. Ini bermakna hukuman matinya kekal.

BACA: Isteri Sabari Pasrah Jasad Suami Belum Ditemukan

Permohonan semakan ini dikemukakan dalam usaha untuk mengurangkan hukuman mati kepada hukuman penjara berikutan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 yang berkuat kuasa 4 Julai tahun lepas.

Ketiga-tiga mereka telah disabitkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Mei 2013 kerana membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka didakwa melakukan pembunuhan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Rayuan mereka telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pada 4 Disember 2015 dan 16 Mac 2017.

BACA: Pasangan Warga Emas Menangis Jumpa Bayi Dalam Kotak

Pada awalnya, terdapat empat lelaki yang didakwa tetapi Mahkamah Persekutuan membebaskan bekas pekerja ladang yang berusia 33 itu setelah mendapati tiada bukti yang mencukupi untuk mengaitkannya dengan pembunuhan tersebut.

Pada permulaan prosiding hari ini peguam Latheefa Koya memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menerima arahan daripada anak guamnya untuk menarik balik permohonan semakan, dan beliau telahpun memberi nasihat berhubung arahan itu. Namun anak guamnya kekal dengan keputusan menarik balik permohonan.

Peguam Manjeet Singh Dhillon dan Amer Hamzah Arshad yang mewakili dua bekas pekerjal ladang meminta mahkamah menggantikan hukuman mati anak guam mereka kepada penjara.

Manjeet meminta mahkamah mempertimbangkan penderitaan, kesedihan dan kesunyian yang dihadapi anak guamnya semasa dipenjara.

BACA: Tak Mahu Bayar COD, Pelanggan Salahkan Hantu Yang Buat Pesanan

Amer Hamzah pula memohon mahkamah mempertimbangkan bahawa anak guamnya, adalah seorang pesalah muda yang berhak mendapat peluang kedua.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dalam hujahnya supaya hukuman mati dikekalkan, menekankan bahawa empat nyawa tidak berdosa telah diragut secara kejam dalam kes itu.

Beliau berkata kesan darah yang ditemukan terpercik di dinding rumah ladang menunjukkan terdapat unsur-unsur ganas pada hari kejadian, dan saksi pendakwaan pula memberi keterangan bahawa dia mendengar jeritan di ladang pada hari kejadian.

Dusuki berkata kenyataan impak mangsa oleh salah seorang anak perempuan Sosilawati menyatakan bahawa dia tidak sanggup untuk mendengar perkataan “Banting,” kerana ia akan menyebabkan dia trauma.

Beliau juga berkata mayat mangsa pula telah dibakar sepenuhnya.

Media sebelum ini melaporkan Sosilawati dan pembantunya hilang selepas ke Banting bagi urusan berkaitan tanah.

Sumber: Bernama