Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar Hiasan

PSP: Kerajaan Disaran Perkenal Kad Diskaun Petrol

Edayu

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Kerajaan disaran mengkaji semula pemberian subsidi petrol bersasar melalui Program Subsidi Petrol (PSP) dengan mengambil kira mekanisme alternatif yang lebih sesuai seperti mewujudkan kad diskaun khas petrol.

Tanpa menolak kebaikan PSP, rata-rata pengguna yang ditemui Bernama berkata cadangan itu dilihat memberi lebih manfaat jangka panjang kepada golongan sasar, lebih-lebih lagi dalam berdepan ketidaktentuan pasaran harga minyak dunia.

Peniaga, Ahmad Sudir Tahir, 45, berkata sekiranya kad diskaun diwujudkan pengguna dapat menikmati penjimatan berterusan yang secara langsung dapat membantu mengurangkan beban berikutan kos bahan api yang sentiasa berubah.

“Misalnya, dengan kad itu kerajaan boleh menetapkan kadar diskaun 50 sen atau 20 sen seliter…dengan cara itu, pengguna masih menikmati harga lebih rendah setiap kali mengisi minyak walaupun harga petrol naik ketika itu. Kad itu mestilah diberikan kepada golongan yang betul-betul layak seperti B40 dan M40,” katanya yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH), kepada Bernama.

Beliau, bagaimanapun berkata sekiranya kerajaan mewujudkan kad diskaun, pemantauan ketat perlu dilakukan agar kemudahan itu tidak dimanipulasi untuk kepentingan pihak tidak bertanggungjawab termasuk jenayah seludup petrol.

Berkongsi cadangan sama, Firdaus Safawan Ismail, 37, yang berpendapat mekanisme kad diskaun adalah lebih sesuai berbanding PSP yang dilihat sebagai bantuan bersifat ‘one-off’ dan yakin kerajaan masih mempunyai masa mengkaji cadangan itu sebelum PSP dilaksana sepenuhnya bermula 1 Jan tahun hadapan.

“PSP beri bantuan RM20 dan RM30 yang hanya boleh digunakan sekali selepas dikreditkan ke akaun penerima…selepas itu habis, tapi kad diskaun boleh digunakan berkali-kali.

“Ramai menggunakan kenderaan ke tempat kerja, terutama mereka bertugas menghantar makanan, bungkusan…hari-hari kena isi minyak, ada kad diskaun boleh berjimat,” katanya yang bertugas sebagai penyelia di sebuah kilang di ibu negara.

Pada Isnin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kira-kira 2.9 juta penerima BSH berkenderaan di Semenanjung Malaysia bakal menikmati manfaat program itu, mulai 1 Jan 2020.

Menerusi PSP, subsidi RM30 sebulan akan diberi kepada pemilik kereta 1600cc dan ke bawah dan bagi kereta melebihi 1600cc, berumur 10 tahun dan ke atas manakala RM12 sebulan bagi pemilik motosikal 150cc dan ke bawah serta motosikal melebihi 150cc yang berumur tujuh tahun dan ke atas. Ia akan diberi secara tunai dan dikreditkan terus ke akaun penerima setiap empat bulan sekali.

Harga RON95 akan diapung dan diselaraskan secara beransur-ansur di Semenanjung, manakala untuk penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan, harga RON95 kekal RM2.08 seliter, sekali gus tidak layak menerima PSP.

Sementara itu, mengulas cadangan kad diskaun itu Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Azali Mohamed berkata mekanisme itu memerlukan penelitian yang khusus kerana ia akan melibatkan sistem pembayaran di stesen minyak.

”​​​​​​Saya melihat cadangan menggunakan kad diskaun ini mungkin merumitkan proses sistem pembayaran berbanding bayaran tunai melalui PSP.

“Syarikat dan stesen minyak mungkin terpaksa membuat tindakan untuk menggunakan sistem pembayaran yang rumit dan berbeza untuk pengguna dengan kad diskaun dan pengguna biasa,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Jelasnya, kerajaan wajar diberi peluang untuk melaksanakan PSP selain mencadangkan agar penambahbaikan sistem pembayaran dengan melakukan bayaran pada setiap bulan berbanding jadual asal iaitu setiap empat bulan sekali.

Penganalisis ekonomi Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai pula berkata cadangan kad diskaun itu ideal dan boleh dilaksanakan menggunakan kad sedia ada seperti MyKad atau membangunkan sistem e-wallet yang baharu.

“Kerajaan boleh tambah fungsi dalam MyKad, tapi nak sediakan sistem pembayaran itu mungkin kosnya tinggi. Tapi, PSP wajar dilaksanakan dan kemudian, secara beransur kita akan beri cadangan penambahbaikan,” katanya.

Sumber: Bernama