Utama

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Rantau Panjang Lumpuh, Penduduk Trauma Teringat Tragedi 2014
Hujan lebat berterusan yang menyebabkan banjir di Kelantan memperlihatkan daerah Rantau Panjang telah lumpuh.
Hal ini berikutan paras air Sungai Golok yang dilapor mencecah 11.42 meter, melepasi catatan bah kuning pada 2014.
Dalam pada itu, bekalan elektrik di beberapa kawasan di Rantau Panjang juga terpaksa diputuskan dan membuatkan penduduk menganggap daerah tersebut lumpuh, lapor Sinar Harian.
Keadaan air yang semakin meningkat membuatkan seorang penduduk Pekan Rantau Panjang, Fadhli Mat Yusof trauma apabila teringat tragedi banjir besar pada 2014 lalu.
“Kami sudah bersedia awal sebab mengikut pedoman orang tua, serta pengalaman lepas setiap 10 tahun akan banjir besar.
“Tahun 2004, 2014 dan sekarang 2024 air Sungai Golok hari ini dah cecah 11.42 meter begitu cepat.
“Kebetulan rumah kami dua tingkat, namun melihat keadaan air yang sentiasa naik ia sangat membimbangkan. Kami akan berpindah jika perlu,” katanya.
Tambahnya lagi, tidak mustahil seluruh Rantau Panjang bakal terputus bekalan elektrik jika melihat kepada situasi cuaca sekarang. Setakat ini, perkhidmatan komunikasi masih berfungsi. Namun, penduduk khuatir perkhidmatan tersebut turut lumpuh dan menyebabkan mereka sukar untuk berkomunikasi seperti situasi tahun lalu.
Ujarnya, mereka sekeluarga kekal berwaspada biarpun persiapan awal seperti bekalan makanan, lilin dan memastikan bekalan bateri pengecas mudah alih sudah dilakukan.
Sementara itu, seorang penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Golok, Nasran Nasuha, berpendapat air sungai naik dengan cepat disebabkan hujan berterusan. Keadaan ini diperhatikan sejak 1 tengah hari pada Rabu.
“Setakat ini air di hadapan rumah sudah mencecah lebih satu meter. Diharap hujan akan berhenti kerana jika masih berterusan ia akan memburukkan lagi keadaan dan banjir kali ini dilihat lebih teruk daripada 2014 lalu.
“Kami sudah terputus hubungan, hanya bot sahaja yang boleh masuk ke Rantau Panjang,” maklumnya.
Keadaan yang semakin meruncing ini turut diakui oleh penduduk Kampung Banggol Kulim, Siti Nurfazmira Azmi. Banjir yang melanda kawasan rumahnya lebih buruk berbanding 2014.
Menurutnya, paras air banjir di dalam rumahnya kini (Khamis) mencecah 0.5 meter berbanding 10 tahun lalu, iaitu 0.3 meter.
“Trend air sentiasa menaik kerana sekarang hujan masih lagi lebat, cuaca gelap walaupun sudah jam 8.30 pagi.
“Takut tengok keadaan cuaca sekarang, namun kami sentiasa panjatkan doa agar banjir tidak seteruk sebelumnya,” ujarnya.
https://www.facebook.com/reel/1619976181978421
BACA: Sah Ke Solat Jika Pakaian Berlumpur & Dibasahi Air Banjir, Ini Jawapan Dr Zulkifli
Sumber: Sinar Harian