Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Saintis Dedah Penemuan Struktur Gergasi ‘Misteri’ Di Bawah Bermuda
Segitiga Bermuda merupakan legenda urban yang dikaitkan dengan sebuah kawasan di Lautan Atlantik Utara yang terletak kira-kira di antara Florida, Bermuda dan Puerto Rico.
Terdapat banyak teori konspirasi yang mengaitkan kawasan tersebut dengan kejadian misteri dan paranormal seperti kehilangan pesawat, kapal dan manusia dalam keadaan yang luar biasa.
Bercakap mengenainya, para saintis baru-baru ini telah melakukan penemuan misteri di bawah tanah pulau Bermuda iaitu lapisan batuan setebal 12.4 batu (kira-kira 20 kilometer).
Kajian mengenai lapisan batuan itu telah diterbitkan dalam jurnal Geophysical Research Letters.
“Biasanya, di bawah kerak lautan terdapat mantel. Namun di Bermuda, dalam plat tektonik tempat pulau itu berada, terdapat satu lapisan lain yang terbentuk dan terletak di bawah kerak,” kata ahli seismologi, William Frazer.
Lapisan kerak itu terletak di bawah Bermuda di antara kerak dan mantel.
Bermuda dianggap sebagai ‘anomali geologi’ yang sangat berbeza berbanding pulau-pulau gunung berapi yang lain. Pulau-pulau itu biasanya terletak di atas bonjolan dasar laut yang besar yang dipanggil ombak batimetri.
Kebiasaannya, haba yang naik daripada aliran batuan panas akan menyebabkan plat tektonik di atasnya menggelembung atau terangkat.
Bermuda memang mengalami ombak besar tetapi saintis tidak dapat menemui tanda-tanda kepulan panas.
“Tidak seperti ombak batimetri lain yang menonjol seperti di Hawaii, ia tidak menunjukkan aktiviti gunung berapi yang berubah mengikut usia, tidak mempunyai aliran naik mantel (mantle plume) yang berakar jauh, serta tiada aktiviti gunung berapi moden,” kata penulis kajian.
Justeru, bagi menyiasat perkara ini, saintis menggunakan rakaman gempa bumi untuk menghasilkan gambaran tentang struktur yang terletak di bawah pulau tersebut.
Rakaman tersebut diperoleh daripada sebuah stesen seismik di Bermuda yang mampu merekodkan gempa bumi walaupun berlaku di lokasi yang sangat jauh di seluruh dunia.
Melalui data itu, para saintis dapat mengenal pasti kawasan di bawah tanah di mana gelombang gempa bumi berubah secara mendadak.
Daripada analisis inilah mereka berjaya mendedahkan kewujudan satu lapisan batuan tebal yang misteri.
Lapisan ini yang ketumpatannya lebih rendah berbanding batuan di sekeliling didapati kira-kira dua hingga tiga kali lebih tebal daripada lapisan yang lazim ditemui di kebanyakan pulau lautan lain.
Para penyelidik berpendapat lapisan underplating ini terbentuk daripada magma yang menyejuk lalu menjadi sejenis batuan yang kurang tumpat. Perbezaan ketumpatan ini memberikan daya apungan yang mencukupi untuk menyokong bonjolan besar di dasar laut tersebut.
“Lapisan tebal di bawah kerak ini berkemungkinan terbentuk ketika Bermuda masih aktif secara gunung berapi sekitar 30 hingga 35 juta tahun lalu, dan ia mampu menyokong kewujudan gelombang batimetri,” kata kajian itu.
Kini, para penyelidik ingin mengetahui sama ada struktur seumpama ini turut wujud di bawah pulau-pulau lautan lain di seluruh dunia, atau adakah Bermuda benar-benar unik dari segi geologinya.
“Memahami kawasan seperti Bermuda, yang dianggap sebagai lokasi ekstrem, penting untuk membantu kita memahami kawasan lain yang kurang ekstrem
“Ia juga memberi gambaran tentang proses yang lazim berlaku di bumi serta proses yang lebih ekstrem yang turut berlaku,” katanya.
Bermuda sebenarnya merupakan sebuah kepulauan yang terdiri daripada 181 pulau, namun kelihatan seperti satu daratan tunggal kerana pulau-pulau utamanya dihubungkan oleh jambatan.
Sumber: The Sun