Jawatankuasa Masjid Birmingham telah mengesahkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tiga buah masjid yang telah diserang dengan menggunakan tukul besi.
Pihak polis West Midlands juga mendakwa dua orang orang telah diserang dalam insiden semalam. Dan Pusat Islam Witton Road adalah antara premis yang menjadi mangsa serangan itu.

Sharafat Ali, Imam di Pusat Islam Witton berkata terdapat tujuh tingkap dan dua buah pintu telah dimusnahkan. Kejadian itu dianggarkan berlaku pada jam 1.30 sehingga 2.00 pagi tadi (khamis).
Ali juga memaklumkan bahawa kebih dari 40 orang jemaah akan datang ke sini untuk menunaikan solat subuh. Manakala pada hari jumaat, jumlah itu akan bertambah menjadi beratus-ratus orang.
“Esok adalah hari jumaat dan saya tidak tahu apa yang berlaku. Kami telah meminta pihak polis menjaga keselamatan di sekitar kawasan ini.”
Menurut Ali, dia sudah berada di kawasan Witton selama 30 tahun dan serangan yang telah berlaku di dua masjid New Zealand itu ternyata telah membuatkan para jemaah di sini bimbang.

Dipercayai bahawa masjid yang diserang adalah masjid yang berada di kawasan Handsworth, Aston dan Witton. Pihak polis meminta sesiapa sahaja untuk berhati-hati dan tidak teragak-agak untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan.
Sumber : Mirror.co.uk