Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia

5 Benda Korang Wajib Buat Bila ‘Travel’ Ke Korea, Nombor 4 Lubuk ‘Shopping’ Paling Murah

Fildza Zainal

Kalau pergi travel tak kira sama ada di luar atau dalam negara mesti anda teringin nak pergi shopping atau jalan-jalan kat sana kan? Yelaa, bukan selalu kita pergi negara orang, jadi mesti nak beli cenderahati dan barang nak bawak balik ke Malaysia

Tambahan pula, ada sesetengah barang yang ada hanya kat negara tu je, rugi pulak rasa kalau tak beli. Tapi sebelum tu, anda perlu tahu tips untuk membeli belah supaya pembelian anda tu berbaloi. Haa, sebab itu lah, kali ni kami nak kongsi dengan anda cara terbaik untuk shopping di Korea.

1. Sediakan Wang Tunai

Ya, kami tahu kalau pergi melancong mestilah kena bawak duit kan? Tapi kami cadangkan supaya anda bawa wang tunai dan bukan dalam nilai kad kredit mahupun debit. Kami tau sekarang ni memang mudah untuk membeli belah, anda hanya perlu swipe je tapi sebenarnya tempat shopping yang murah dan banyak diskaun adalah di kawasan pasar-pasar tau. Jadi, lebih baik anda sediakan wang tunai supaya senang nak minta diskaun nanti.

Gambar Hiasan

2. Kena Bijak Tawar-Menawar

Paling penting, anda kena hebat bab tawar menawar ni. Selalunya harga di kedai dah tetap dan apa yang anda boleh buat, anda mula tawar-menawar dengan barang yang harga rendah. Tapi perkara ni yang susah sikit sebab para peniaga biasanya akan buat ayat sedih macam “Dia takda dapat untung pun, keluarga susah atau apa sahaja. Tapi jangan risau sebab itu adalah ayat biasa peniaga di sana. Kebanyakan barang memang sengaja dinaikkan harga, jadi peniaga masih untung walaupun barang tu dijual murah.

Gambar Hiasan

3. Biasakan Jalan Kaki

Kami tahu anda mesti malas nak jalan kaki kan, bukan anda sorang je, kami pun tak rajin jalan kaki. Huhu. Tapi sebenarnya kalau naik kereta atau pengangkutan awam, anda akan terlepas kedai-kedai yang menarik dan jauh lebih murah sebab kedai macam tu biasanya terletak kat tempat tersorok. Malah, kalau jalan kaki, anda boleh jimat duit dan boleh guna duit tu untuk beli barang lain, yeahhh!

Gambar Hiasan

4. Cari Pasar Lambak

Ada beberapa pasar lambak yang popular kat Korea macam Seoul Folk, Hwanghak-dong vintage market dan Gwangjak. Kat sini harga memang dijamin murah, jangan lupa untuk tawar menawar harga yee. Kat sini ada jual kraftangan, beg, buku lama, kasut dan cenderahati yang popular di Korea.

Gambaer Hiasan

5. Rajinkan Bertanya

Anda memang kena ringankan mulut bertanya. Kalau singgah mana-mana kedai tu , cuba tanya ada free gift tak? Hehe. Jangan malu-malu ye, kadang-kadang tu memang ada kedai yang akan bagi sample percuma, rugi tau tak ambik. Tak pun kalau korang dah beli barang banyak, cuba tanya ada dapat barang percuma tak sebab dah beli banyak.

Gambar Hiasan

Haa, jangan lupa ikut tips yang kami kongsikan ni waktu membeli-belah di Korea. Opss, lagi satu, kalau anda ada beli baju, kasut atau barang-barang lain yang diperbuat di Korea. Tolong semak label dulu ye, jangan bila dah sampai Malaysia baru sedar rupanya barang anda beli tu dari China.

Sumber : Havehalalwilltravel.com