Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia

Perdana Menteri Interim, Pertama Kali Dalam Sejarah Malaysia

Edayu

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Pertama kali dalam sejarah, Malaysia mempunyai perdana menteri interim selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Tun Dr Mahathir Mohamad menyandang kedudukan itu, selepas menerima peletakan jawatannya pada Isnin.

Dr Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Isnin pada kira-kira jam 1 tengah hari dan pada jam 7.30 malam, beliau dilantik sebagai perdana menteri interim.

Penasihat Undang-Undang Universiti Malaysia Perlis yang juga Penasihat Gabungan Mi’Raj Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata kuasa lantikan seorang perdana menteri bergantung kepada budi bicara Seri Paduka yang dijamin dibawah Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam perlembagaan ada menyebut keadaan di mana Yang di-Pertuan Agong boleh membuat pelantikan bagi tempoh peralihan atau interim, iaitu ketika Parlimen terbubar.

“Dalam tempoh berkenaan baginda boleh melantik seorang perdana menteri dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat (ADR) (Parlimen sebelum) tetapi tidak boleh terus memegang jawatan itu selepas permulaan penggal Parlimen yang berikutnya, melainkan jika beliau juga adalah ADR yang baharu. Peruntukan ini termaktub dalam Perkara 43(2)(b) dan dirujuk sebagai kerajaan interim atau lebih tepat jemaah menteri interim.

“Namun begitu, situasi ketika ini Parlimen tidak dibubarkan. Justeru, pelantikan Dr Mahathir telah dibuat di bawah peruntukan Perkara 43(2)(a) di mana ia tidak terhad dalam tempoh waktu tertentu sehinggalah Parlimen dibubarkan atau beliau tewas dengan undi tidak percaya,” katanya kepada Bernama.

MAMPU IMBANGI KRISIS KEPERCAYAAN

Mengulas lanjut Wan Ahmad Fauzi berkata bagi membolehkan Dr Mahathir menjalankan fungsi jawatan PM, beliau perlu mematuhi peruntukan Perkara 43(6) iaitu mengangkat sumpah dan menandatangani di hadapan Yang di-Pertuan Agong sumpah jawatan dan sumpah setia serta sumpah simpan rahsia seperti Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan.

“Selagi Dr Mahathir tidak mengangkat sumpah dan menandatangani suratcara berkaitan, fungsi jawatannya adalah terhad. Buat masa ini Dr Mahathir dilihat masih mendapat sokongan majoriti ADR dan kepercayaan Seri Paduka untuk meneruskan tugas sebagai perdana menteri interim.

“Sebagai seorang negarawan yang berpengalaman luas dan bertaraf dunia, saya berpendapat majoriti rakyat menilai beliau sebagai tokoh yang mampu mengimbangi pelbagai krisis kepercayaan, menguruskan isu-isu sensitif termasuk mendapat sokongan komuniti korporat dalam merawat ekonomi negara dalam tempoh satu hingga dua tahun.

“Faktor yang sama mungkin menjadi penyumbang apabila Yang di-Pertuan Agong melantik beliau sebagai perdana menteri interim. Tidak mustahil beliau akan dikekalkan atas perkenan baginda jika terus mendapat sokongan majoriti ADR. Bagaimanapun, kesudahan ‘episod ini’ bergantung pada keputusan Seri Paduka selepas mengambil kira pandangan mereka ADR,” jelasnya.

Sementara itu, mengulas perkara sama peguambela dan peguamcara Muhammad Hafiz Hood berkata perdana menteri interim diberi kuasa untuk mentadbir kerajaan secara sementara tertakluk kepada arahan dan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

KUASA PM INTERIM

“Kuasa perdana menteri interim berfungsi untuk melicinkan pentadbiran kerajaan sementara PM baru dilantik atas perkenan Seri Paduka dan menguruskan pelantikan PM baru yang mendapat majoriti ADR,” katanya sambil menambah konsep perdana menteri interim sama dengan caretaker government yang digunapakai dalam pentadbiran negara seperti Kanada, New Zealand dan Australia.

Berpendapat konsep perdana menteri sementara juga adalah antara ciri eksklusif Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, Muhammad Hafiz berkata ia secara teknikal membantu dalam melicinkan proses transisi kerajaan sehinggalah perdana menteri yang mendapat kuasa majoriti dilantik di bawah Perkara 43(2)(b).

Konsep ini juga katanya menggambarkan wujud semak dan imbang antara kuasa eksekutif yang jelas tertakluk kepada kuasa Yang di-Pertuan Agong di samping Perlembagaan Persekutuan sebagai rujukan utama pentadbiran negara.

“Kesan negatifnya mungkin sebuah kerajaan yang ditadbir oleh perdana menteri interim akan menunjukkan ketidaktentuan politik dan ekonomi negara sekaligus menyebabkan ketakutan kepada pelabur, kepercayaan rakyat dan memberi kesan langsung kepada sosioekonomo sesebuah negara.

“Namun, dalam menangani polemik serta situasi luar biasa yang pertama kali berlaku dalam sejarah pemerintahan dan sistem politik Malaysia, adalah menjadi keperluan untuk negara dipimpin seorang pemimpin yang hebat dan dihormati.

“Dan berdasarkan situasi semasa, hanya seorang sahaja pemimpin yang layak memikul tanggungjawab ini iaitu Dr Mahathir. Biarpun berbeza ideologi politik, mana-mana kelompok parti politik dan rakyat juga secara amnya harus mengakui hanya beliau yang mempunyai ciri-ciri lengkap untuk memimpin negara di saat-saat genting seperti ini,” katanya.

Sumber: Bernama