Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia

Wanita Dakwa Ditipu Urusan Tawaran Kerja Anak

Edayu

KUANTAN, 8 Jun – Seorang wanita membuat laporan polis mendakwa diperdayakan seorang lelaki dalam urusan mendapatkan kerja untuk anak perempuannya di sebuah syarikat minyak dan gas yang kononnya berpangkalan di Pekan, dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 59 tahun juga mendakwa telah membuat bayaran sebanyak RM3,500 kepada suspek berusia 31 tahun dan berasal dari Felda Keratong, Rompin pada Sabtu lepas.

“Suspek dikatakan mula menawarkan peluang pekerjaan di syarikat minyak dan gas itu sekitar hujung tahun lalu, namun semasa itu mangsa mendakwa anak perempuannya tidak berminat.

“Bagaimanapun, mangsa mendakwa suspek sekali lagi menawarkan kerja sebagai kerani baru-baru ini dengan gaji RM4,800 yang turut meliputi kemudahan tempat tinggal,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata suspek juga didakwa meminta mangsa menyerahkan dokumen peribadi anaknya dan membuat bayaran sebanyak RM8,000 yang dikatakan sebagai wang proses untuk anak mangsa mendapatkan lesen sebelum dibenarkan bekerja.

Bagaimanapun, mangsa yang beranggapan jumlah itu terlalu tinggi telah merayu kepada suspek untuk dikurangkan dengan kedua-dua pihak akhirnya bersetuju pada kadar RM3,500 yang perlu didepositkan ke akaun suspek.

“Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas kakak iparnya memaklumkan nama suspek sudah disebut-sebut orang sekitar Felda Keratong, Rompin kerana dikatakan telah banyak menipu penduduk di situ.

“Mangsa mendakwa telah ke rumah keluarga suspek semalam, untuk bersemuka namun dimaklumkan mereka sudah tidak tahu di mana suspek berada,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Muadzam Shah, Rompin dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Sumber: Bernama