Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia

Pawagam Pandu Masuk: Penyelesaian Bagi Individu Ragu-Ragu Tonton Wayang Beramai-Ramai?

Edayu

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung pandemik COVID-19 sememangnya menjejaskan banyak sektor perniagaan dan aktiviti sosial.

Namun di sebalik itu, terdapat sudut kebaikan menerusi beberapa inovasi baharu mula diadaptasi dalam kehidupan seharian.

Dalam situasi kebiasaan baharu ini, pernahkah rakyat Malaysia membayangkan sebuah pawagam pandu masuk dibuat nanti sepertimana terdapat di beberapa negara maju yang sudah pun sekian lama melaksanakannya?

Jika sebelum ini banyak negara lain, termasuk negara jiran Thailand, mula memilih untuk membuka pawagam pandu masuk sebagai alternatif berikutan COVID-19, kini ia juga nampaknya menjadi kenyataan di Malaysia.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan media semalam berkata, ia tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk pengunjung mesti berada di dalam kenderaan masing-masing, penjualan makanan dibuat secara dalam talian dan mengambil makanan secara pandu lalu.

Untuk itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperincikan SOP berkaitan aktiviti itu bagi rujukan semua operator yang terlibat.

Ini mungkin boleh menjadi jalan penyelesaian bagi mereka yang ragu-ragu untuk menonton wayang beramai-ramai di dalam ruang yang tertutup memandangkan wabak COVID-19 masih menimbulkan kebimbangan.

Cuma, timbul persoalan adakah pawagam pandu masuk ini relevan dilaksanakan di negara ini dengan mengambil kira faktor cuaca dan bunyi kenderaan selain sikap segelintir pemandu Malaysia yang sambil lewa? Semua itu diharapkan perlu diambil kira juga oleh pihak pengurusan pawagam.

Sebelum ini mulai 1 Julai, aktiviti pawagam, teater dan juga live event telah dibenarkan namun kesemua aktiviti itu hanya dibenarkan beroperasi di dalam kawasan tertutup atau dewan tertutup dengan syarat perlu mematuhi SOP yang dikeluarkan.

Hari ini hari ke-115 PKP sejak dilaksanakan mulai 18 Mac dan merupakan hari ke-30 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menyaksikan usaha mengekang penularan COVID-19 di negara ini terus menunjukkan hasil yang baik apabila sifar kes penularan tempatan direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, iaitu hari kedua berturut-turut pada semalam.

Tiada kematian baharu turut direkodkan dalam tempoh sama, menjadikan jumlah kumulatif kes maut akibat wabak itu kekal 121 kes untuk hari ke-24 berturut-turut.

Apa-apa pun, sehingga vaksin untuk virus tersebut ditemukan, adalah penting bagi rakyat Malaysia terus berhati-hati dan konsisten mengambil langkah pencegahan sewajarnya.

Sumber: Bernama