Putrajaya, 2 Disember – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat lima lagi kluster baharu COVID-19 dikesan hari ini.
Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, lima kluster itu melibatkan WP Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.
Berikut merupakan maklumat ringkas mengenai kluster-kluster tersebut;
Kluster Desa Pinang
Kluster ini melibatkan daerah Kepong, Lembah Pantai, Titiwangsa dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Gombak di negeri Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-62596) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 2 Disember 2020, sejumlah 120 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Kluster Impian
Kluster ini melibatkan daerah Gombak, Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-63700) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 2 Disember 2020, sejumlah 220 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Kluster Baloi
Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Pontian, Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-63152) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 2 Disember 2020, sejumlah 166 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Kluster Jernai
Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks (iaitu kes ke-64196) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 November 2020 hasil saringan sebelum ke luar negara. Sehingga 2 Disember 2020, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Kluster Seri Wangsa
Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks (iaitu kes ke-64193) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 2 Disember 2020, sejumlah 154 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5 kluster baharu dilaporkan membabitkan KL (3), Selangor (2) dan Johor (1).
Secara keseluruhan, jumlah kes baharu dalam kluster baharu ini adalah; 85 kes.#kkm pic.twitter.com/dLk3iZBqtF
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) December 2, 2020
Sumber: KP Kesihatan