Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: mei.chloe

(Video) Dipercayai Ditinggal Tuan, Oyen Hilang Semangat Hidup, Tak Mahu Makan Hingga Jadi Kurus & Cekung

Aqmal Ezany

Ianya boleh dikatakan normal apabila manusia yang dikecewakan oleh insan yang mereka sayangi cenderung untuk mengalami depresi.

Namun begitu, siapa sangka bahawa kucing pun boleh mengalami depresi juga sama seperti manusia.

Seperti satu video yang cukup menyayat hati ditunjukkan di TikTok ini. Seekor kucing yang berwarna oren dinyatakan mengalami depresi setelah ditinggalkan oleh tuannya.

Disebabkan kecewa dan mungkin patah hati, kucing tersebut dilaporkan menolak untuk makan selama seminggu untuk membiarkan dirinya kelaparan sehingga mati. Semua makanan yang disuapkan ke dalam mulutnya akan dimuntahkan semula.

Kucing oren yang bernama Jongpaal ini dahulunya sangat sihat, ceria dan berisi. Namun selepas ditinggalkan tuannya, badannya menjadi sangat kurus manakala mukanya pula dapat dilihat cengkung kerana tidak mahu makan akibat daripada depresi.

Bukan itu sahaja, Jongpaal juga difahamkan oleh doktor bahawa penyebab dia tidak mahu makan itu adalah kerana dia telah hilang semangat untuk hidup.

Namun begitu, mujur si comel ini dapat diselamatkan apabila akhirnya dapat menemui kembali semangat hidupnya dengan tuan yang baru. Video sambungan kisah menyayat hati Jongpaal ini telah berjaya meraih jutaan tontonan.

Doktor yang merawat Jongpaal itu akhirnya berjaya menemui tuan baru Jongpaal iaitu seorang wanita yang sedih melihat keadaan Jongpaal sebegitu.

Jongpaal terus dibawa pulang ke rumah barunya. Walaupun kelihatan agak bingung, namun tuan barunya itu cuba menghabiskan masa berdua untuk dia berasa selesa di rumah barunya itu.

Dan apabila tuannya itu cuba untuk memujuk Jongpaal makan, secara ajaib dan tanpa disangka, Jongpaal akhirnya berselera untuk makan. Dapat dilihat daripada matanya dia seakan berterima kasih kepada tuan barunya itu kerana telah membantunya mendapatkan balik semangat untuk terus hidup sekali gus memadamkan kekecewaan yang dirasainya sebelum ini.

Sebulan kemudian, Jongpaal tampak mengalami banyak perubahan yang positif. Dia sudah mahu bermain dan ceria di samping tuan barunya itu.

Video tersebut lantas menjadi tular, sehingga kini ianya telah mendapat lebih 6 juta tontonan.

Sumber: mei.chloe