Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: Visiontimes, Independent

Jangan Salah Tema Warna Kalau Memenuhi Undangan, Ini Maksud Warna Tertentu Dalam Budaya Kaum Cina

Sofea

Setiap kaum mempunyai budaya dan warisan yang tersendiri. Bahkan, ada sesetengah budaya yang masih lagi kekal dan dijaga sehingga ke hari ini. Ia mempunyai pelbagai makna dan sangat signifikan terutama apabila tibanya hari perayaan.

Bagi masyarakat Cina, warna memainkan peranan penting di dalam hidup dan menjadi simbol yang sangat kuat untuk mereka.

Sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelma tidak lama lagi, mari kita lihat warna-warna yang mempunyai makna tersendiri bagi masyarakat Cina.

1. Merah

Gambar: Travel Triangle

Warna merah sememangnya sangat sinonim dengan masyarakat Cina dan ia bermaksud kecergasan, umur panjang, kebahagiaan, dan kejayaan. Tidak cuma itu, ia juga dianggap sebagai warna yang membawa tuah, pengiktirafan, dan kemasyhuran.

Disebabkan itu, warna merah sering digunakan ketika Tahun Baharu Cina dan majlis perkahwinan.

Pada perayaan Tahun Baharu Cina, tanglung yang berwarna merah akan digantung di sekitar rumah serta akan memberi hóng bão yang bermaksud sampul merah yang berisi duit kepada saudara-mara

Jika di Barat kita biasanya akan melihat pengantin perempuan dengan gaun putih, namun di China sesetengah dari pengantin perempuan memakai warna merah kerana ia dianggap boleh menghalang syaitan.

Bila anda menjelajah ke China, anda boleh melihat perkataan ‘Xi’ yang bermaksud kebahagiaan dalam bahasa Cina. Ia berwarna merah dan melambangkan api serta mewakili musim panas.

2. Kuning

Gambar: Dopely Colors

Untuk pengetahuan anda, kuning adalah warna diraja dan ia melambangkan kuasa takhta dan kemakmuran. Warna tersebut juga dikatakan sepadan dengan bumi dan dikhaskan untuk Maharaja.

Ia juga adalah salah satu warna utama dalam budaya tradisional Cina dan warna yang terdapat dalam sejarah mereka sejak zaman purba.

3. Hijau

Gambar: That’s Mandarin

Hijau adalah satu warna yang mempunyai makna bertuah di China. Ia juga merupakan warna yang mewakili musim bunga kerana segala-galanya dianggap kembali hidup dan segar.

Ia melambangkan kesihatan, kesabaran, kepekaan, keharmonian, kekayaan dan kesuburan.

Disebabkan itu, warna hijau sering digunakan untuk mengecat bangunan atau bahan pembungkusan dan dianggap sebagai tenaga generatif.

4. Hitam

Gambar: sonofchina

Sering dianggap sebagai warna yang malang, hitam juga sebenarnya dianggap sebagai warna yang neutral dan melambangkan kuasa, pengetahuan dan kewibawaan. Ia merupakan warna yang mewakili unsur air

Namun, ia juga sememangnya dikaitkan dengan kejahatan, kemusnahan, bencana, kekejaman, kesedihan dan penderitaan. Ekoran itu, masyarakat Cina akan mengelak dari memakai warna hitam ketika di majlis perkahwinan atau acara gembira.

5. Putih

Gambar: Shen Yun Performing Arts

Dalam perlambangan warna tradisional Cina, putih dianggap sebagai kematian, kesedihan dan penyakit.

Ia mewakili unsur logam dan salah satu daripada warna malang yang dikaitkan dengan perkabungan dan kematian.

Ketika acara pengebumian, kesemua ahli keluarga, sanak saudara serta rakan yang hadir akan memakai pakaian yang berwarna putih.

Bagaimanapun, warna putih kini menjadi warna kereta yang popular di China dan digunakan secara meluas untuk membuat barangan pengguna seperti jam tangan, telefon bimbit, pakaian dan lain-lain.

6. Ungu

Gambar: That’s Mandarin

Di negara barat, ungu dianggap sebagai warna diraja, kemewahan, cita-cita dan bangsawan. Berbeza dengan budaya Cina yang menganggap warna ungu melambangkan ketuhanan dan keabadian.

Di zaman yang moden, ungu digunakan untuk mewakili unsur cinta dan romantik di negara China. Kebiasaannya ia warna yang sangat digemari oleh golongan muda.

Sumber: Thatsmandarin, Color Meanings