Siakap Keli

Butiran Pengeluaran Khas KWSP Akan Diumumkan Dalam Masa Terdekat – Menteri Kewangan

Butiran mengenai pengeluaran khas simpana persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob hari ini akan dieprincikan oleh KWSP dlaam masa terdekat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa KWSP juga akan mengumumkan langkah-langkah yang perlu bagi menangani isu dana persaraan ahlinya yang telah berkurangan.

Perdana Menteri dalam satu sidang media khas hari ini berkata, kerajaan membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP itu bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik Covid-19.

Ismail Sabri berkata, walaupun keputusan itu sukar dibuat kerana membabitkan simpanan hari tua rakyat, namun pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Beliau bagaimanapun merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak dan berharap mereka membuat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran.

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, membabitkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik itu melanda negara dua tahun lepas.

Tiga program pengeluaran khas KWSP itu adalah pengeluaran prapersaraan yang diperkenal sebagai langkah sementara bagi membantu kelangsungan hidup ahli dalam menempuh impak pandemik Covid-19 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.