Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
permohonan pengeluaran khas KWSP
Gambar via Bernama

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP Boleh Dibuat Bermula 1 April Ini

Eyla Azri

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan beberapa maklumat ringkas berkaitan permohonan pengeluaran khas KWSP kepada semua pencarum, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut pihak KWSP, pengeluaran khas tersebut terbuka kepada semua ahli KWSP berumur kurang dari 55 tahun.

”Permohonan boleh dibuat mulai 1 April hingga 30 April 2022 secara atas talian, manakala pembayaran akan dikreditkan bermula 20 April 2022.

”Amaun pengeluaran minimum untuk pengeluaran khas ini adalah sebanyak RM50 sehingga RM10,000,” katanya.

Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran pencarum adalah tertakluk kepada baki simpanan Akaun Dua.

Namun, sekiranya baki Akaun Dua tidak mencukupi, simpanan dari Akaun Satu pencarum akan diakses oleh pihak KWSP.

Tambah KWSP, maklumat terkini berkaitan permohonan pengeluaran khas ini akan dimaklumkan oleh pihak KWSP dari semasa ke semasa.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sesi sidang media hari ini mengumumkan pengeluaran khas akan KWSP diperkenalkan. Keputusan ini dibuat demi meringankan beban pencarum yang masih terkesan dengan pandemik.

Beliau berkata walaupun keputusan itu sukar dibuat kerana melibatkan simpanan hari tua rakyat, pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Bagaimanapun, Ismail Sabri merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak, dan berharap mereka membuat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.

Sementara itu, pencarum dikatakan wajar mendapatkan khidmat nasihat kewangan daripada mana-mana agensi berkaitan, sebelum membuat pengeluaran KWSP ini.

Pengeluaran KWSP fikir Simpanan hari tua

Penganalisis ekonomi, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, keputusan ini penting agar tidak menjejaskan simpanan hari tua mereka.

“Keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 menunjukkan tanda prihatin terhadap isu yang melanda rakyat, terutama melibatkan pencarum KWSP.

“Walaupun ekonomi semakin pulih, ada beberapa kumpulan masyarakat yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19, termasuk musibah banjir baru-baru ini.

“Namun, kerajaan perlu memastikan ada ruang dan peluang untuk pencarum mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan kewangan secara berterusan. Contohnya melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), bagi memastikan pengeluaran secara optimum dan tidak disalahgunakan,” katanya.Sumber: KWSP