Malaysia dilapor berada pada kedudukan kedua terpantas di dunia dari segi kelajuan 5G, hanya satu anak tangga di belakang Korea Selatan.
Dalam analisis terbaharu mengenai peneraju dunia 5G, selain berita mengenai Malaysia itu, terdapat juga info-info menarik mengenai ‘peserta’ baharu dalam carta 15 teratas merentas ukuran capaian rangakain mudah alih 5G dan perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan penanda aras 5G kali terakhir pada bulan Mac lalu.
Memetik Open Signal, Bulgaria telah memasuki carta menerusi enam kategori kedudukan tertinggi terutamanya pada tahap Kelajuan Muat Turun 5G (316.8 Mbps), namun ketika ini Korea Selatan masih menduduki carta teratas, tempat yang pertama.
“Puerto Rico kukuh dengan Ketersedian 5G, Jangkauan 5G dengan Peningkatan Pengalaman Video namun tidak tersenarai dalam carta 15 teratas di kawasan lain.
“Walaupun Singapura kekurangan spektrum, tapi turut tersenarai dalam pasaran 15 teratas global di atas Kelajuan Muat Turun 5G,” lapor Open Signal.
Manakala, Malaysia melonjak naik dalam ketiga-tiga kategori kelajuan 5G termasuk Pengalaman Permainan (games) 5G.
Malaysia berada di tangga kedua, dibelakang Korea Selatan dari sagi kelajuan muat turun dengan kelajuan 382.2 Mbps. Manakala dalam kedudukan kelajuan tertinggi muat turun yang berjaya dicapai, Malaysia juga berada di tangga kedua di belakang Taiwan dengan kelajuan 880.3 Mbps.
Namun, yang paling mengejutkan, Malaysia berjaya menduduki tangga pertama dari segi kelajuan muat naik pada 50.3 Mbps.
Bagaimanapun, Open Signal berkata ia masih terlalu awal untuk menilai pencapaian 5G di Malaysia memandangkan ia masih baharu untuk pasaran negera tersebut dan setakat ini hanya dua syarikat telekomunikasi sahaja yang menawarkan perkhidmatan tersebut selain faktor pengguna yang masih sedikit.
Kajian sebenar untuk pasaran Malaysia akan berlaku dalam beberapa bulan akan datang apabila beberapa syarikat lain telah memasarkan 5G, ketika itu akan dapat lihat penggunaan pasaran besar-besaran yang sebenar.
Dalam pada itu, Korea Selatan terus mengungguli carta secara global dengan purata Kelajuan Muat Turun 5G tertinggi (432.7 Mbps) sekali lagi dan Pengalaman Permainan (games) paling atas (89.6).

Korea Selatan masih kekal di kedudukan teratas kelajuan 5G secara global di mana dalam penanda aras terakhir pada bulan Mac lalu dimana hanya terdapat tiga pasaran yang melepasai kelajuan 300 Mbps.
Kini, enam buah negara tercatat dengan kelajuan melepasi 300 Mbps iaitu Korea Selatan, Sweden dan UAE seterusnya disertai oleh Bulgaria, Norway dan juga Malaysia, walaupun Malaysia adalah sesuatu yang anomali kerana penggunaan 5G yang terhad setakat ini.
Pengalaman 5G di Malaysia mungkin akan menurun secara mendadak apabila lebih ramai pengguna dan lebih ramai lagi pengandali akan menyokong rangkaian tersebut.
BACA: Menderita Penyakit Tulang Rapuh, Budak Lelaki Patah 100 Tulang Sejak Lahir
Sumber: Open Signal