Siakap Keli
dinding kapal terbang pecah skru longgar
Gambar: Daily Mail

Penumpang Panik, Dinding Kapal Terbang Pecah Gara-gara Skru Longgar

Sejumlah penumpang pesawat Emirates panik dalam kejadian mengerikan selepas dinding kapal terbang berkenaan pecah gara-gara skru longgar, lapor Daily Mail.

Rasa ‘tidak sedap hati’ mula menyelubungi mereka apabila masing-masing terdengar bunyi dentuman kuat selepas 45 minit berlepas. Difahamkan, skru pada ‘hidung’ gear longgar dan tercabut.

Menurut penumpang, mereka terdengar bunyi yang ‘meresahkan’ sejurus berlepas dan langsung tidak mengetahui situasi yang sedang berlaku sepanjang penerbangan tersebut.

Difahamkan, menurut Daily Mail, skru pada ‘hidung’ gear pesawat tersebut longgar lalu tercabut sebelum dipercayai ‘menghentam’ dinding sehingga pecah dan berlubang.

Akibatnya, pesawat A380 yang berlepas dari Dubai dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane, Australia pada 10.24 malam itu rupanya terbang dalam keadaan berlubang di tepi.

Namun selepas pesawat itu mendarat di Brisbane setelah 14 jam penerbangan, barulah mereka perasan bahawa terdapat satu lubang besar di bahagian kiri fiuslaj (badan pesawat).

Seorang penumpang, Patrick berkata kakitangan pesawat syarikat penerbangan tersebut menyuruh mereka untuk bertenang walaupun bunyi dentuman itu membimbangkan.

“Terdapat bunyi dentuman kuat dan saya boleh merasakannya bergerak melalui lantai.

“Kru pesawat tetap tenang dalam situasi itu dan segera menghentikan penghantaran makanan serta mendapatkan telefon sebelum memeriksa enjin sayap pesawat itu,” katanya kepada pihak Courier Mail.

Sementara itu, penumpang lain bernama Chris menyatakan, penerbangan itu asalnya berjalan lancar namun dia agak terkejut selepas terlihat lubang pada bahagian tepi pesawat itu.

“Sebelum mendarat, kami dimaklumkan bahawa pihak kapal perlu mendarat di landasan berbeza untuk memeriksa pesawat itu yang disyaki mempunyai masalah gear oleh jurutera,” kata Chris.

Menurut Jurucakap Emirates menjelaskan kepada Daily Mail Australia bahawa pesawat berkenaan sedang dibaiki (ketika itu).

“Penerbangan EK430 yang terbang dari Dubai ke Brisbane pada 1 Julai mengalami masalah teknikal semasa penerbangan.

“Pesawat itu selamat mendarat di Brisbane dan semua penumpang tiba mengikut jadual.

“Pesawat itu kekal di Brisbane bagi penilaian dan pembaikan. Keselamatan penumpang dan anak kapal sentiasa menjadi keutamaan kami,” kata jurucakap itu.

Terdahulu, kira-kira lebih 30 tahun yang lalu, turut pernah berlaku satu kejadian hampir serupa melibatkan sebuah kapal terbang yang terbang dalam keadaan bumbung sudah pun tertanggal.

Imbas kembali laporan terdahulu, salah satu peristiwa kapal terbang yang sehingga kini tercatat dalam sejarah penerbangan adalah insiden Aloha Airlines Penerbangan 243 yang sempat menggemparkan dunia pada tanggal 28 April 1988.

Pesawat jenis Boeing 737-297 itu membawa 89 orang penumpang bersama lima kru kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hilo pada jam 1.25 tengah hari menuju Honolulu.

Namun setelah berada di ketinggian 24,000 kaki (7,315 meter) sekitar jam 1.48 tengah hari, sebahagian bumbung Boeing 737 itu tertanggal dan menyebabkan tekanan rendah di dalam kapal terbang berkenaan.

BACA JUGA: Kisah Bumbung Pesawat Tercabut Di Ketinggian 24 Ribu Kaki Tapi Selamat Mendarat

Sumber: Daily Mail

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.