Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Roket China
Gambar via Daily Mail

Serpihan Roket Milik China Dibimbangi Jatuh Ke Bumi, Lokasi Tak Dapat Dikenal Pasti

Faiz Mustafa

Komponen sebuah roket milik China dilapor sedang menjunam ke arah bumi dan serpihannya yang gagal terbakar sepenuhnya dikhuatiri jatuh di lokasi yang tidak dapat dikenal pasti pada kelajuan tinggi.

Memetik Daily Mail, perkara tersebut membimbangkan pakar kerana dipercayai roket tersebut adalah Long March 5B yang baru sahaja dilancarkan pada Ahad lalu.

Walaupun kebarangkalian serpihan roket tersebut jatuh di kawasan yang berpenduduk sangat tipis, pakar berpendapat bahawa China telah mengambil risiko yang tidak wajar.

Menurut pakar, laluan roket tersebut sangat sukar diramal berikutan turun naik dalam tekanan atmosfera yang disebabkan oleh perubahan aktiviti solar.

Difahamkan, roket tersebut telah dilancarkan dari wilayah Hainan menerusi tepak pelancaran Wenchang.

Menurut Daily Mail, roket tersebut membawa sebuah makmal baharu yang memiliki kuasa solar yang diberi nama modul eksperimen Wentian yang akan ditempatkan di Stesen Angkasa Lepas Tiangong milik Beijing.

Beberapa pakar dari Barat mendakwa roket yang dibina China mempunyai masalah disebabkan perbezaan yang terdapat pada rekaan semasa proses pelancaran.

Kebiasaannya, bahagian roket yang terpisah memasuki semula ruang atmosfera selepas berlepas, secara normal di atas kawasan permukaan laut, dan tidak memasuki orbit. Namun, ianya tidak berlaku sedemikian dalam kes Long March 5B.

China bagaimanapun menepis dakwaan tersebut dan berkata bahawa kemungkinan roket berkenaan untuk mendatangkan bahaya kepada orang awam di Bumi adalah sangat rendah.

Sumber: Daily Mail