Saya Taknak Terus Terbawa-bawa Perasaan Sedih, Hidup Mesti Diteruskan – Mizz Nina
Tidak mahu terus terbawa-bawa perasaan sedih yang menyelubungi diri sejak menempuhi satu perpisahan baru-baru ini, sebaliknya hidup yang masih ada perlu diteruskan.
Demikianlah seulit untaian luahan hati selebriti terkenal tanah air, Mizz Nina, 42, yang kini sedang melalui fasa ‘pulih’ setelah berpisah secara rasmi dengan bekas suami, Noh Salleh baru-baru ini.
Luahan kata-kata dari hati itu ditulis dalam nada ‘tenang’ menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya, officialmizznina yang baru sahaja dimuat naik hari ini.
Pada perkongsian itu, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman dilihat membawa insan kesayangannya, Musa berjalan-jalan di satu lokasi dan bergambar bersama.
“Hidup harus diteruskan dan mengikut nasihat salah seorang guru saya sebelum ini, teruslah berpegang kepada Allah SWT walau apa pun dugaan yang diberikan.
“Allah lebih mengetahui apa yang terbaik dan ujian-Nya buat kita. Malah, saya juga tidak mahu terus terbawa-bawa dengan perasaan sedih ketika tempoh ini.
“Itu yang saya risaukan kerana tidak mahu terlalu mengikut emosi dan doa ini adalah yang terbaik buat semua yang memerlukan,” memetik sebahagian tulisannya di Instagram hari ini.
View this post on Instagram
Dalam perkongsian itu juga, Mizz Nina turut sertakan sebuah hadis sahih daripada Sahih al-Bukhari yang merujuk kepada kaedah untuk pulih daripada kesedihan dan tekanan yang dialami.
Hantaran tersebut meraih kira-kira hampir 126,000 tanda ‘Suka’, selain turut dibanjiri oleh komentar-komentar berbaur sokongan semangat oleh rakan selebriti lain serta peminat-peminatnya.
Ekoran perkongsian oleh penyanyi itu di media sosial, ia telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizan yang mendoakan kesejahteraan dan kekuatan untuknya menjalani kehidupan.
Terdahulu, Mizz Nina dan bekas suaminya, Mohammad Noh Salleh, 37, secara rasminya bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur baru-baru ini.
Usai hubungan masing-masing sudah terlerai secara sah, mereka kemudiannya memaklumkan kisah penceraian itu secara terbuka di media sosial pada Khamis sehingga menjadi perhatian ramai.
BACA JUGA: Noh Salleh, Mizz Nina Sah Bercerai
Sumber: Instagram officialmizznina