Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Visa Pelancong Boleh Tunai Umrah
Gambar via Bernama

Arab Saudi Umum Benarkan Pemegang Visa Pelancong Tunai Ibadah Umrah

Faiz Mustafa

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi baru-baru ini mengumumkan bahawa kerajaan kini akan membenarkan pelawat yang memegang visa pelancong untuk menunaikan ibadah umrah.

Memetik Arab News, pelancong dari 49 buah negara boleh melaksanakan ibadah tersebut dengan mendapatkan visa mereka secara atas talian di Visit Arab Saudi atau sebaik sahaja tiba di lapangan terbang. Ibadah umrah dan lawatan ke Makkah hanya dibenarkan kepada pelawat Islam.

Difahamkan, keputusan itu dibuat untuk membenarkan seramai mungkin jemaah untuk melaksanakan ibadah tersebut. Mereka yang layak termasuk pemegang visa ke AS dan UK serta mereka yang mempunyai visa Schengen.

Dalam pada itu, peraturan itu juga membenarkan pelawat mendapatkan visa pelancong sah selama 12 bulan untuk melawat bandar lain dalam negara itu.

Menurut Arab News lagi, mereka yang mempunyai visa keluarga juga turut dibenarkan menunaikan umrah dengan membuat tempahan melalui aplikasi Eatmarna.

Selain itu, untuk menunaikan umrah, pelawat juga dikehendaki mendapatkan insurans kesihatan yang komprehensif yang merangkumi kos rawatan COVID-19, kemalangan yang mengakibatkan kematian atau hilang upaya serta kos tambahan yang timbul jika berlakunya kelewatan atau pembatalan penerbangan.

Mereka yang ingin menunaikan umrah selain dari negara yang disebutkan, perlu memohon visa di kedutaan Kerajaan di negara mereka.

Antara dokumen yang diperlukan termasuk bukti tempat tinggal dan pekerjaan, tiket pergi balik, penyata bank yang membuktikan kestabilan kewangan, jadual perjalanan dan maklumat peribadi yang lengkap.

BACA: Didakwa Asyik Jaja Kisah Trauma Hingga Bercerai Di Tik Tok, Wanita Maut Dipercayai Dibunuh Bekas Suami

Sumber: Arab News