Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
polis siasat insiden pergaduhan
Gambar: Bernama

Polis Siasat Insiden Pergaduhan Separuh Akhir Bola Sepak Lelaki Sukma

Iqbal Yasir

SHAH ALAM, 22 Sept (Bernama) — Polis kini dalam proses melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya berhubung insiden pergaduhan yang berlaku pada aksi separuh akhir bola sepak lelaki Sukan Malaysia (Sukma) antara pasukan Wilayah Persekutuan menentang Pulau Pinang di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata laporan polis dari mereka yang terlibat telah diterima dan beberapa individu dipanggil bagi dirakam keterangan antaranya barisan kejurulatihan, pengadil dan petugas perlawanan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati insiden pergaduhan tersebut berlaku selepas seorang pemain dilayangkan kad merah menyebabkan seorang individu dipercayai pegawai satu daripada pasukan bertanding tidak berpuas hati sebelum terjadinya kekecohan.

“Permainan kemudian dihentikan seketika susulan kekecohan itu namun ia berjaya dikawal sebelum permainan disambung semula,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku ‘Korupsi dan Kemunafikan dalam Politik Melayu; Perlunya Disegerakan Transformasi Moral Etika’ tulisan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan di sini hari ini.

Mohd Iqbal turut menasihati agar mana-mana pihak yang terlibat dalam pertandingan untuk tidak beremosi ketika sesuatu perlawanan supaya tidak tercetus sebarang provokasi dan kekecohan.

Media semalam melaporkan, menuju 90 minit perlawanan antara kedua-dua pasukan itu, aksi bertukar panas dengan pemain Wilayah Persekutuan, Muhammad Iman Fakhrullah Zamri, dilayangkan kad merah pada minit ke-88 kerana menyepak pemain lawan sebelum keadaan semakin tegang apabila berlaku tolak menolak antara pemain.

Seorang pegawai Wilayah Persekutuan turut dilayangkan kad merah selepas melakukan provokasi terhadap pengadil yang menyaksikan beliau mengejar pengadil tersebut di tengah padang selepas diperintah keluar.

Mengulas berhubung status terkini kes kehilangan bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lepas, Mohd Iqbal berkata setakat ini belum ada sebarang petunjuk baharu berhubung wanita berkenaan.

Sumber: BERNAMA