Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
pramugari jumpa guru
Tangkap Layar Video

Sebak Jumpa Guru Kegemaran Selepas 30 Tahun, Pramugari Buat Pengumuman Khas Dalam Pesawat

Nurhanis

Mempunyai guru yang baik semasa zaman persekolahan pastinya mengubah hidup seseorang dan mendorong kepada ‘penciptaan’ memori indah yang tidak boleh dilupakan.

Para pendidik memainkan peranan penting dalam kehidupan kanak-kanak susulan golongan itu merupakan orang pertama yang mendidik dan memberi ilmu kepada mereka.

Namun tidak dinafikan, sekiranya mempunyai guru yang penyayang, baik dan berilmu pasti ia memberi kesan yang mendalam kepada pelajar susulan mereka akan memperingati jasa baiknya sepanjang hayat.

Seperti yang tular baru-baru ini, seorang pramugari berasa sebak dan gagal mengawal emosinya apabila terserempak dengan guru kegemarannya dalam penerbangan yang sama selepas 30 tahun.

Pada awalnya, pramugari itu beranggapan guru wanita berkaan tidak mengenalinya kerana sudah lama tidak bertemu, namun secara dalam diam rupanya pendidik itu masih mengingati bekas anak muridnya.

Jumpa semula guru selepas 30 tahun

Menerusi video yang dikongsikan Instagram @goodnews_movement, seorang pramugari dilihat sedang membuat pengumuman di dalam kapal terbang sebagaimana prosedur biasa sebelum penerbangan bermula.

Namun difahamkan itu bukan pengumuman yang biasa, tetapi ia adalah pengumuman khas buat gurunya selepas melihatnya dalam penerbangan yang sama.

Pramugari itu menyatakan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada guru kegemarannya semasa zaman sekolah dulu kerana mendidiknya sehingga menjadi orang yang berguna.

“Hari ini adalah hari guru antarabangsa jadi kita sepatutnya memberi penghargaan kepada guru kegemaran yang kita pernah ada sepanjang hidup.

“Saya akan menjadi emosi tetapi hari ini saya melihat guru saya dari tahun 1999 yang berada di pesawat yang turut merupakan guru kegemaran saya,” katanya dalam semasa pengumuman itu.

Dalam keadaan sebak, pramugari itu turut menambah bahawa selepas tahun 1999 dia tidak pernah terserempak lagi dengan guru yang banyak mendidiknya itu.

“Saya tidak pernah melihatnya selepas tahun 1999. Wanita ini membuatkan saya menyukai buku penulisan William Shakespeare, mengajar saya untuk bermain piano.

“Dan ketika ini saya juga telah mempunyai menguasai piano serta boleh menulis esei, terima kasih dan saya sayang kamu,” ujarnya lagi.

Usai memberi pengumuman, pramugari itu kemudiannya bergegas pergi ke guru kegemarannya untuk memeluknya.

Dua wanita itu terlihat sedang dibuai emosi kerana pertemuan yang agak lama tersebut mengingatkan mereka kepada kenangan serta jasa yang pernah ditaburkan dahulu.

“Hari saya ceria kerana kamu,” kata guru kepada pramugari itu.

Pramugari itu kemudian membalas, “Kamu membentuk hidup saya,”.

Sumber: India Times