Siakap Keli
khairul aming guna bahasa melayu
Gambar tangkap layar video KA

Dikenali Hingga Ke Indonesia, Khairul Aming Kekal Bertutur Guna Bahasa Melayu Dipuji Ramai

Chef selebriti media sosial terkenal, Khairul Aming petah bertutur guna Bahasa Melayu di atas pentas semasa acara TikTok di Indonesia.

Sebut sahaja nama Khairul Aming, apa benda pertama yang terlintas dalam fikiran anda? video-video resipi masakannya? trip percutiannya atau produk Sambal Nyet buatannya?

Terbaharu, nama Khairul Aming kembali mendapat tempat di laman sosial apabila dia menggunakan Bahasa Melayu ketika menyampaikan ucapan dalam satu acara TikTok yang diadakan di Indonesia baru-baru ini.

Difahamkan, Khairul Aming merupakan wakil pencipta kandungan media sosial (creators) dari Malaysia yang menyampaikan ucapan dalam TikTok For You Stage di Indonesia.

Thank you so much Tiktok for having us. Untuk tugasan malam ini kena bagi short speech on behalf of creators Malaysia,” kongsinya melalui laman Twitter.

Kredit: Khairulaming

Semasa disapa oleh juruacara, Khairul Aming seperti biasa mampu petah bercakap semasa di atas pentas dan apa yang paling menarik, beliau masih kekal bertutur dalam Bahasa Melayu loghat Malaysia.

Tindakan Khairul Aming yang mengekalkan penggunaan Bahasa Melayu dan petah bercakap di samping perwatakannya yang merendah diri telah mendapat pujian serta komen positif daripada warganet.

Hal ini kerana acara TikTok For You Stage, Indonesia itu turut mengumpulkan beberapa creators dari negara lain seperti Singapura, Vietnam, Thailand serta Filipina dan sudah tentu, aksi Khairul Aming pasti menggamit suasana.

Dalam ucapannya, Khairul Aming berkongsi tentang sumber inspirasinya apabila beliau ingin menghasilkan sesuatu kandungan, lebih-lebih lagi video masakan, khususnya.

Menurutnya, dia telah menghasilkan video masakan selama lima tahun dan perkara itu ternyata memberi impak yang besar dalam komuniti, khususnya ribuan pengikutnya di laman media sosial.

Misalnya, ada yang menggunakan resipinya untuk memasak buat keluarga, makan bersama kawan-kawan serumah ataupun digunakan untuk berniaga.

Oleh sebab itu, Khairul Aming menyimpulkan bahawa apa-apa video (kandungan) yang dihasilkan memang akan memberi impak kepada orang ramai walaupun ia hanya berdurasi dalam satu hingga tiga minit sahaja.

Dapat dilihat, Khairul Aming kelihatan tenang dan bersahaja ketika menyampaikan ucapannya. Justeru, penggunaan Bahasa Melayu perlu dipupuk oleh golongan yang dapat memberi pengaruh kepada masyarakat seperti ini.

Malah, creators boleh dijadikan ‘role model’ untuk para pengikutnya mahupun masyarakat luar, sekali gus memainkan peranan penting dalam mencipta content yang dikongsikan.

Bagi menyaksikan sendiri apa yang dibicarakan Khairul Aming di atas pentas itu, mari tonton videonya di bawah.

Sumber: Khairulaming | Twitter

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.