Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

“Peliharalah Islam Di Tanah Air Ini..,” Dr. Zulkifli Titip Nasihat Untuk Perdana Menteri
Bekas Menteri Hal Ehwal Agama dalam hantaran di akaun Facebook miliknya telah menulis beberapa nasihat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Malaysia yang baharu.
Menurutnya, beliau telah menulis tentang Fiqh Politik sempena Pilihanraya Umum ke-15 sejak 17 November lalu hingga ke hari ini.
“Saya putuskan hari ini sebagai hari terakhir saya menulis bagi siri khas ini.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana kemelut pasca PRU15 telah selesai. Apa jua yang terjadi adalah kehendak Allah SWT. Saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan dan pentadbiran negara dengan jayanya.
“Menjunjung kasih ke KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Majlis Raja-Raja atas hikmah dan kebijaksanaan memutuskan isu yang agak rumit ini,” tulisnya.
Dr. Zulkifli juga mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berharap PM yang baharu ini mampu menggalas tugas dan amanah yang diberikan kepadanya.
“Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya ucapkan tahniah dan semoga mampu menggalas tugas dan amanah yang berat ini. Bertakwalah kamu kepada Allah. Pada Pundakmu terhimpun segala beban amanah untuk membawa hala tuju Malaysia di masa hadapan.
“Maka, hargai pengorbanan dan perjuangan generasi terdahulu yang mengangkat nama Malaysia di mata dunia. Andalah penerus dan penentunya. Peliharalah Islam di tanah air dengan sepenuh jiwa raga,” tambah Dr, Zulkifli lagi.
Beliau juga telah berkongsikan satu nasihat dari Rasulullah SAW berkaitan pemimpin.
Tambahnya, Perdana Menteri juga mungkin masih ingat pada nasihat-nasihat yang telah diberikan olehnya semasa pertemuan di Istanbul, Turki suatu ketika dahulu.
“Saya menghadiri persidangan al-Aqsa, Dato’ Seri pula menjalani rawatan di sana. Pada masa itu, Dato’ Seri minta saya berikan nasihat dan saya sampaikan apa yang termampu dan ikhlas daripada lubuk hati saya.
“Semoga Malaysia menuju ke arah negara harmoni, aman damai, maju serta diberkati Allah SWT. Negara yang baik, Tuhan yang Maha Pengampun (baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur). Saya pasti itu harapan kita semua,” ujarnya.
Selain nasihat kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, beliau juga sempat menasihati parti yang tidak berjaya untuk membentuk kerajaan agar terus bersabar, ikhlas dan istiqamah. Katanya lagi, Malaysia tak akan berjaya tanpa pembangkang yang melakukan semak dan imbang dengan teliti.
Seterusnya beliau juga menasihati rakyat Malaysia tidak mengira bangsa dan agama untuk menerima apa jua keputusan dengan berlapang dada. Menurutnya lagi, menang tidak megah, kalah tidak rebah.
Beliau turut menegaskan agar rakyat menghentikan budaya memaki hamun antara satu sama lain dan tidak berdendam pada masa akan datang.
“Penyokong pihak Kerajaan sudah menjadi sebahagian daripada Kerajaan. Maka, tinggalkanlah sifat Pembangkang. Buat penyokong pihak Pembangkang, jadikan PRU-15 ini sebagai pemangkin untuk berusaha dengan lebih gigih,” tulis Dr. Zulkifli lagi.
Beliau turut berkata, sebagaimana Perdana Menteri sebelumnya, bermula dari Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Dr. Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau telah menjalankan tugasnya dengan menyampaikan nasihat kepada mereka dalam menjalankan amanah mentadbir negara.
Terdahulu, Anwar Ibrahim secara rasmi telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 di Istana Negara semalam.
Sumber: