Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
batik air beri baucar
Gambar: BERNAMA

Batik Air Kesal Dengan Kelewatan, Baucar Istimewa Kepada Penumpang Terkesan

Nurhanis

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) — Syarikat penerbangan Batik Air, yang sebelum ini dikenali sebagai Malindo Air, hari ini menyuarakan rasa kesal dengan kelewatan pelepasan penerbangannya dari Lapangan Terbang Antarabagsa Kuala Lumpur (KLIA) Jumaat lepas, yang amat menyusahkan ramai penumpang.

Batik Air dalam kenyataan hari ini berkata sehubungan itu pihaknya akan menghubungi semua penumpang yang terkesan, bagi menyampaikan baucar istimewa secara percuma kepada mereka.

“Punca insiden sedang disiasat, dan kami akan terus berusaha membaiki sebarang kelemahan dalam operasi kami, untuk sentiasa menambah baik penyampaian perkhidmatan kami kepada pelanggan.

“Kami amat kesal dengan kelewatan yang mengakibatkan rasa tidak selesa kepada penumpang dan kaum keluarga masing-masing,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya baucar makan disediakan semasa kelewatan, namun kemudahan lain seperti penginapan tidak dapat disediakan kerana kemudahan bilik hotel yang sudah habis ditempah, dan tiada outlet makan dibuka di terminal itu selepas tengah malam.

“Kami tidak berniat untuk mengakibatkan sebarang kelewatan yang berlarutan, dan kami ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa keadaan ini telah diperbetulkan, dan operasi kami di terminal telah kembali normal,” menurutnya.

Semalam Menteri Pengangkutan Anthony Loke menggesa Batik Air memohon maaf dan memikul tanggungjawab terhadap insiden itu.

Loke dilaporkan berkata demikian malam tadi sebagai jawapan kepada Twitter seorang pengguna bernama Mohd Firdaus Jailan (@firdausjailan) yang berkata beliau terkandas di KLIA selama lebih tujuh jam disebabkan kelewatan.

“Salam Saudara Firdaus, saya dah hubungi pengurusan @malindoair… mereka akan hubungi semua penumpang yang terjejas untuk memohon maaf dan mengambil tanggungjawab,” jawapan Loke.

Tweet video Firdaus meraih lebih sejuta perhatian apabila ia memaparkan penumpang yang terkandas tidur di bangku berhampiran dengan pintu pelepasan.

Sumber: BERNAMA