Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Twitter Jual "Username" Akaun Tak Aktif
Gambar: Unsplash

Twitter Dilapor Sedang Pertimbang Jual “Username” Akaun Tak Aktif Untuk Jana Pendapatan

Noorliyana Ishak

Twitter Dilapor Sedang Pertimbang Jual “Username” Akaun Tak Aktif Untuk Jana Pendapatan

Twitter dilapor sedang mempertimbangkan untuk menjual nama pengguna bagi menjana pendapatan baharu kerana pemiliknya, Elon Musk, cuba menghidupkan semua perniagaan syarikat itu.

Menurut New York Times, pekerja Twitter telah mengadakan perbualan mengenai penjualan beberapa nama pengguna tersebut sejak Disember.

Susulan daripada itu, para jurutera Twitter kini sedang mencari cara untuk menjalankan lelongan dalam talian di mana orang ramai boleh membida nama pengguna, iaitu perkataan, nombor atau simbol yang mengikut tanda @ yang mana akaun dikenal pasti pada platform.

Memetik New York Times, ia tidak jelas sama ada projek tersebut akan diteruskan dan jika rancangan itu menjejaskan kesemua nama pengguna atau hanya subset.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Pada bulan lalu, Elon Musk berkata bahawa dia mahu menghapuskan akaun tidak aktif di Twitter dan membebaskan 1.5 bilion nama pengguna.

Syarikat media sosial itu mula merosot sejak Elon Musk membelinya dengan harga 44 bilion dolar (RM191 bilion) pada bulan Oktober. Memandangkan harga perjanjian tersebut terlalu tinggi, pemilik Twitter itu berada di bawah tekanan untuk menjayakan pembelian tersebut.

Elon telah mengurangkan perbelanjaan di Twitter, mengarahkan pemberhentian kerja, memotong kos lain dan menghentikan pembayaran vendor, lapor New York Times.

Pada masa yang sama, beliau turut mencari jalan baharu untuk menjana wang kerana Twitter mengalami kemerosotan mendadak.

Dia juga telah menghasilkan pelan langganan supaya pengguna membayar untuk lencana pengesahan, malah syarikat itu juga telah memfailkan kertas kerja dengan Jabatan Kewangan untuk memproses pembayaran.

Elon turut berkata bahawa dia mempunyai visi untuk mencipta aplikasi segala-galanya, yang serupa dengan WeChat di China di mana ia digunakan lebih daripada satu bilion orang untuk membaca berita, berhubung dengan rakan, membuat pembayaran dan memesan makanan.

Nama pengguna yang unik juga dikenali sebagai pemilik yang boleh menguntungkan sehingga ada yang menjualnya di pasaran gelap. Mereka sanggup untuk membayar beribu-ribu dolar untuk membeli nama pengguna berkenaan.

Bagaimanapun, peraturan Twitter melarang pembelian dan penjualan akaun kerana dagangan sebelum ini telah menarik penggodam.

Pada 2020, seorang remaja berusia 17 tahun di Floroda telah ditangkap selepas menggodam Twitter untuk mendapatkan nama pengguna untuk dijual.

Memetik New York Times lagi, platform permesejan yang popular, Telegram berkata ia akan membenarkan orang ramai melelong akaun mereka pada bulan Oktober.

Selepas empat hari menjadi pemilik kepada syarikat Twitter pada bulan Oktober, Elon Musk menyatakan bahawa dia akan membuang akaun yang tidak aktif.

Rancangannya itu telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan sesetengah pihak yang bimbang syarikat itu akan memadamkan akaun orang yang telah meninggal dunia.

Kali terakhir syarikat Twitter melaporkan bahawa hampir 238 juta pengguna aktif melihat iklan setiap hari.

Elon Musk telah mengurangkan tenaga kerja syarikat tersebut kira-kira 75 peratus daripada 7,500 pekerja. Pada minggu lalu, pemberhentian telah menjejaskan berpuluh-puluh pekerja, termasuk jurutera pengiklanan dan kakitangan.

Sumber: New York Times